Friday, February 19, 2010

Kenapa harga CD berbeza???

(Lanjutan daripada CD mahal vs CD murah)

Ya, kenapa ada CD yg berharga RM30 dan ada yg berharga sehingga RM120 satu??
Basically, harga cloth diapers atau CD ini adalah bergantung pada:

1. Material/ fabrik yg digunakan

CD biasa yg menggunakan material PUL sbg outer layer, microfleece sbg inner layer dan insert microfiber adalah lebih murah daripada CD dgn material lain seperti organic cotton, bamboo, hemp dll. Begitu juga CD dgn fabrik minky adalah lebih mahal daripada CD biasa (mgkin sbb kelihatan sgt mewah!).


Oh ya, material/ fabrik ini juga ada gred dan kelasnya. Umpamanya PUL pun ada beberapa gred. Ada yg tebal dan ada yg lebih nipis. Saya tak tahu mana yg lebih elok, yg lebih tebal atau yg nipis tetapi tahan lasak??? Namun begitu, sudah tentu PUL yg paling mahal adalah yg paling elok dari segi kalis airnya, sgt tahan lasak, elok pengudaraan dll.

Begitu juga dgn fabrik minky, ada pelbagai jenis dan gred (dgrnya dari AA hingga C)... Kalau CD bamboo tu mgkin bergantung pada berapa bagus dia punya bamboo/ berapa layer/ berapa percent bamboo... Ada juga yg dicampur percent2nya bg fabrik yg digunakan itu (biasanya utk insert/ soaker/ doubler). Saya tak tahu yg mana (fabrik apa) paling mahal lately.... Tapi sudah tentu yg paling organic.

Dan saya rasa microfiber yg digunakan utk insert pun ada jenis/ gred2nya jugak... Kalau anda perhatikan utk beberapa brand CD (yg mahal n tak berapa mahal) mesti ada perbezaan pada insert tersebut (gebu/ kurang gebu, tebal/ lebih nipis dll) dan dari segi kadar serapan juga mungkin (mesti) berbeza.

2. Sistem yg digunakan

Biasanya CD AIO (all-in-one), AI2 (all-in-two) dan jenis fitted + diaper cover adalah lebih mahal drp pocket CD biasa (yg byk dijual di pasaran skg)... Coolababy AIO tu tak kira la, yg tu paling murah. AIO lain semua mahal. Begitu juga AI2 tak ada yg murah....

GroBaby (AI2)


3. Style/ design/ rekabentuk CD dan insert



Ya, style dan design CD juga menentukan harganya ~ amat menentukan harga satu-satu CD.... (boleh refer entry saya yg terdahulu, Style dan design CD dan Jenis dan design insert).

Tentang design/ rekabentuk CD ni byk benda la nak kena tgk pd CD tersebut. Namun, secara asasnya;

- CD velcro biasanya lebih mahal drp CD button (tp ada jugak sesetengah brand yg sama jer harga).

- CD printed (bercorak) lebih mahal drp CD plain.

- CD yg mempunyai sulaman adalah mahal (sgt mahal).


- CD one size yg boleh laras 4 saiz (S, M, L, XL) juga lebih mahal drp yg biasa (3 saiz).

- CD yg lain drp yg lain pastinya lebih mahal, contohnya CD jenama Rumparooz, satu-satunya CD yg mempunyai inner gusset/ leakguard utk menghalang kebocoran. Begitu juga CD one size yg boleh adjust leg gusset seperti Fuzzibunz...

- Insert yg berbutang lebih mahal drp insert yg tak berbutang dan insert 4 layer lebih mahal drp 3 layer....

4. Jenama dan kualiti

Ni pun tak dapat dinafikan. Bila dah jadi satu "jenama" sudah tentu harganya juga mahal, ya mungkin setanding dgn kualitinya (kualiti fabriknya, kualiti jahitannya, kualiti getah elastik, butang, pelekat velcro dll)...

Selalunya jenama adalah seiring dgn kualiti... Tapi tidak bermakna CD dgn harga ekonomi (dari China) langsung tidak berkualiti dan mengecewakan.... Malah ada yg dikatakan bagus, setanding dgn jenama US!!!

5. Custom made kah?

CD custom made adalah di mana kita menempah CD yg kita mahu, boleh pilih nak mcmana, besar mana, fabrik apa, warna apa, butang mcmana dan CD itu pun dijahit khas utk kita... Sangat eksklusif!! Jadi sudah tentulah harganya lebih mahal daripada CD kebanyakan (mcm org kebanyakan pulak.. huhu).

Nota: Benda apa pun selalunya yg unik, yg susah nak buat, yg sgt halus/ kemas buatannya, yg lebih elok (functionalitynya) itulah yg lebih mahal. Ini adalah daripada pemerhatian saya semata-mata........

P/s: Bila tgk CD mahal2 ni rupa2nya mmg lain material yg digunakan.. Malah butang (snap button) yg digunakan pun lain, tak terlalu keras.. Bila tutup buka pun bunyi dia lain.. huhu..

Apa pun CD yg kita pakai, mahal atau murah, paling moden dan terkini mahupun lampin kain flat dgn seluar ikat adalah TETAP LEBIH BAIK daripada lampin pakai buang!! Titik!!

6 comments:

mama danial and eva said...

uik? bila ada grobaby kaler maroon? oooh...cantiknya kaler maroon...

Lynn Nasir said...

hehe..mama danial ni mmg addicted ngan grobaby agaknya :)

kak long,
mcm ni la rasa nak buat semernya sendiri kan? hehe..nk save budget kunun2 :p
(lynn dah buat pocket PUL, pocket Minky, pocket fitted, fitted..skang nk try wat yg size xl plak).

kaklong nuzula said...

mama danial n eva, ntah la, saya pun taktahu bila ada warna maroon. pic amik dekat google jerk.. hehe..

puan lynn, puan lynn takpe la boleh jahit sendiri. boleh jahit CD minky lg tu.. huhu... tapi fabric dia pun mmg mahal kan? jahit sndiri pun kos dekat 100 tu...

puan punyer said...

Kak Long watever pilihan kita tentukan hala tuju kan... dan org macam saya sentiasa berangan2 yg cantik menarik da bom itu.... apakah? huhu setakat berangan jerrrrrr

nadnye said...

mama danial n eva... beli plak colour maroon.. Sarah punya colour maroon :P
betul la tu Kak Long.. saya suka minky...

kaklong nuzula said...

puan punyer, semua org pun mahukan yg cantik, menarik tertarik lg da bom itu... huhu... mgkin sbb pempuan mmg sukakan kecantikan, lalu juga diaplikasikan pada CD anak... huhu...

nadnye, ooo suka minky ker? mmg nampak pun mcm best... sgt menggugat!!

Post a Comment