Tuesday, February 23, 2010

Tips beli CD

*** Ini adalah tulisan saya sendiri. Tolong jgn copy!***

Beberapa tips utk mereka yg nak beli cloth diapers atau baru nak berCD...

1. Beli CD dgn 2 insert. Selalunya CD (merujuk kpd pocket CD) comes dgn 2 insert tapi ada juga yg jual dgn 1 insert (harga CD 1 insert lebih murah drp 2 insert tp untung beli yg 2 insert). Kelebihan 2 insert, anda blh guna insert yg satu lagi jika insert yg dibasuh belum kering (pocket pant lebih cepat kering berbanding insert). Utk mlm juga blh pakai 2 insert. Ada byk insert tak rugi sbb blh buat spare (bila insert yg selalu pakai dah usang.. huhu).

Nota: Melainkan anda dah ada 15-20 CDs (30-40 inserts) boleh la anda beli CD yg comes dgn 1 insert. Insert biasanya boleh main masuk jer (maknanya insert CD brand A blh masuk dlm CD brand B, sbb saiz dia tak byk beza).

2. Jgn beli byk CD sekali gus. Ya, walaupun saya ada menjual CD tapi saya tak galakkan anda beli byk CD sekali gus (jika anda baru nak berCD). Maknanya jgn terus beli sampai 10 CD bagi 1 brand tu, bukan apa takut tak sesuai fitting n cutting dgn baby kita (setiap baby adalah berbeza saiz dan bentuk). Dah la harga 1 CD bukan murah... Jadi anda blh beli 1, 2 atau 3 CD bg 1 brand sbg permulaan, jika sesuai baru tambah lagi.

Nota: Sebagai permulaan saya cadangkan anda beli 2 atau 3 (cth: 1 button, 1 velcro). Kalau 1 je, tak sempat nak buat assumption (pakai sekejap baby dah pee or poo, then kena basuh baru blh pakai balik).

3. Dalam berCD ni konsepnya adalah belum cuba belum tau, sendiri cuba baru tau, jadi lebih baik anda cuba sendiri cloth diaper ni (utk anak anda!). Anda boleh baca/ dapatkan review drp org yg dah menggunakannya tetapi yg lebih baik adalah anda cuba sendiri.... (tapi kalau dah byk review yg tak bagus tu paham2 ajelah.. huhu)

4. Adalah dicadangkan anda cuba banyak jenama yg berlainan (drp beli byk 1 jenama). CD yg bagus dgn anak org belum tentu bagus utk anak kita, begitu sebaliknya. Dalam berCD ni kita kena banyak mencuba, cuba~jaya!! Insya-Allah berjaya... Belajar drp pengalaman n practice makes perfect...

5. Setiap CD mempunyai kelebihan n kekurangannya (mengikut jenama dan jenis -pocket, AIO, AI2, prefold). Jadi cara terbaik anda cuba semua style (button/ velcro, onesize/ sized cd) dan sebanyak mungkin jenis n jenama (jika anda mempunyai wang lebih!!) dan cari kesesuaian n keserasian utk anda dan baby.

6. Bila anda (dan baby anda!) dah sesuai dan serasi dgn satu2 brand tu boleh la beli yg pakej, contohnya package of 5 ker (sbb lagi murah). Utk seterusnya saya cadangkan anda ada 8-10 CD, baru boleh basuh/ spin dgn mesin basuh (kalau 2, 3 jer mcmana nak basuh mesin?). Dan seterusnya teruskan mengumpul 15-20 CD supaya anda boleh basuh 2-3 hari sekali!!!!

7. Terdapat juga CD second-hand/ preloved yg dijual (di internet), biasanya CD berjenama mahal yg di'let-go' oleh tuan punyanyer. Jadi anda blh mendapatkan CD yg mahal2 ini dgn harga yg lebih reasonable. (Better anda try dulu yg preloved, if betul2 berkenan dgn brand tu boleh la dapatkan a new one)..

8. Lagi banyak CD yg anda ada, lagi lama jangka hayatnya. Ini kerana satu CD tu makin kurang kitaran basuh. Contohnya jika anda hanya mempunyai 5-6 CD sudah tentu anda akan membasuhnya setiap hari, jadi 7 kali seminggu dan mgkin lebih 300 kali basuh setahun. Dgn itu CD anda akan cepat usang (seperti pakaian juga) dan tak mungkin dpt bertahan sehingga 2 atau 3 tahun. Jadi, anda disarankan mempunyai dlm 20 CDs utk seorang anak (tu pun baru RM700 kos sepanjang anak kita berlampin!!)

9. Jika anda baru nak mencuba cloth diaper, adalah lebih baik anda cuba brand yg biasa-biasa dulu (seperti yg saya jual ni.. hehe).... Bukan apa, at least anda dpt gambaran rupa CD ni n tahu serba sedikit mcmana nak handle, sblm anda invest utk CD yg mahal2.... Bila anda rasa OK, anak anda pun OK, boleh la anda upgrade dgn brand yg mahal2 (if mampu la kan)....

10. Sebaik-baiknya anda tahu sedikit-sebanyak material CD yg anda beli itu, iaitu material utk insert, inner dan outer layer CD. Umpamanya CD biasa dgn inner microfleece dan insert microfiber ataupun CD bamboo dgn insert bamboo, atau mungkin juga CD fabrik minky atau mcm2 lagi la material/ fabrik utk CD dan insert. Dgn itu anda 'boleh agak' harga yg anda bayar itu berbaloi atau tidak. Umpamanya CD bamboo mmg lebih mahal dari CD biasa. Dgn itu, anda juga perlu tahu cara penggunaan dan penjagaan khusus untuk jenis material CD yg anda beli itu.

11. Oh ya, untuk CD one size (yg boleh adjust size; S, M, L dalam satu) cuba tgk specs/ ciri2 CD itu utk berat berapa kg. Contohnya ada yg 3-13 kg, 3-15 kg dan ada yg 3-17 kg/ 4-17 kg. Jadi anda pastikan anak anda dlm lingkungan berat itu. Sebenarnya berat itu hanyalah sbg anggaran, sbb kena tgk juga saiz dan bentuk badan anak anda. Ada baby dgn berat yg sama tp bentuk badan berbeza (besar dekat paha/ pinggang/ punggung.... Ada yg lebih kurus dan tinggi..). Mcm CD utk 3-13 kg, ada yg berat 15 kg masih boleh pakai.

Jika ditanya, jenama CD apakah yg terbaik??

Jawapannya; terdapat byk CD yg BAGUS di pasaran tetapi MEMANG TIADA CD YG TERBAIK utk semua orang (budak n mak budak). Mmg la biasanya CD yg lebih mahal itu lebih bagus, lebih baik performancenya, tetapi satu-satu CD itu juga bergantung pd anak kita; bergantung pada usianya, saiz n bentuk badan, perkembangan n keaktifannya dan amat bergantung pd wetting habitnya (heavy/ light wetter). Juga bergantung pd penyusuan (sama ada susu badan/ susu formula) dan pemakanannya... Selain itu, performance CD juga amat bergantung pada kita yg menguruskan CD itu...

Akhir sekali, buatlah pilihan yg bijak. Yang penting kita bertukar kepada cloth diapers - lampin kain.... Ia bukanlah pilihan tetapi satu keputusan!!!

~ Kaklong Nuzula ~

Last updated: 26 Februari 2010.

5 comments:

Hanz said...

Semua tips yang disenaraikan itu me sokong 100%. Me experience sumer itu & baru puas hati ber-CD. CD ni takder size standard since kebanyakan dibuat oleh WAHM..itulah kena trial & error jugak sambil lihat review orang lain. And, kalau boleh setiap CD rotate seminggu sekali untuk tahan lasak.

kaklong nuzula said...

Hanz, thanx sudi leave a comment here.. :D

adlina said...

kaklong..suka dan thankful sangat dapat baca kaklong..thank you so much..

from:
adlina
(seorang ibu yang mula berjinak dengan cloth diapers)

kaklong nuzula said...

adlina, sorry tak perasan komen awak.. sama2.. hehe.. btw, selamat berCD!

Iela Fazielah said...

owh..terima kasih sbb bg tips ni... br lah sy faham sesangat... ecei ni 1st time cubA nak berCD.. tqvm dear

Post a Comment