Thursday, February 11, 2010

Cara saya...

Daripada entry Kenapa CD bocor dan cara mengatasinya, ni saya tunjukkan mcmana saya lipat insert (lebih kurang 1/3) supaya tebal di bhg depan, seperti ini...

Kalau Coolababy, elok2 bawah tulisan dia tu...

Then masukkan ke dalam poket pant seperti di bawah ini (bahagian yg berlipat di bwh).



Insert mestilah rapat sampai ke depan CD (pocket pant) dan dlm keadaan 'flat' terutama di bhg tgh CD (bhg elastik tu). Caranya anda boleh ratakan dgn tangan (masa nak keluarkan tangan dari pocket pant tu)...

Apapun saya rasa anda patut kenal pasti terlebih dahulu anak anda byk basah di bhg mana. Mcm anak saya ni mmg basah di bhg depan aje (sbb tgh merangkak). Jadi sebab tu la saya bg tebal di bhg depan. Insya-Allah tak bocor. Boleh tahan sampai 4 jam (kdg2 5 jam.. huhu). Utk mlm pun saya hanya gunakan 1 insert (lipat kat depan mcm tu jugak) dan boleh tahan 6-7 jam, kdg2 sampai 8 jam!!

Konsep lipat ni sama je mcm anda gunakan insert yg berbutang tu (bg sesetengah brand CD) utk sesuaikan dgn saiz CD yg paling kecil.

Kalau gunakan 2 insert takyah lipat kat depan pun takpe, sbb 2 insert tu dah tebal n cukup utk menampung basahan selama beberapa jam (lebih lama daripada 1 insert).

Utk anak anda yg dah setahun lebih, saya rasa ok jer pakai 2 insert utk kegunaan biasa, tak bulky pun. Kalau utk malam mmg takde masalah nak pakai 2 insert sbb mmg utk tido, dgn harapan sempat la sampai 7-8 jam paling kurang.. huhu..

Oh ya, sekali lagi saya nak ingatkan bahawa CD mestilah dipakaikan dgn kemas dan betul2 fit dgn anak anda, mesti 'fit snugly' di bhg pinggang dan pangkal paha supaya tidak mudah bocor (seperti gambar di bawah). Agak2 la, jgn ketat sgt... Selalunya bhg elastik CD tu taklah begitu kuat dan 'keras' sampai meninggalkan kesan merah pada paha baby...


Selain itu anda juga boleh baca di sini, 10 Reasons Why CLoth Diapers Leak.

http://clothdiapermalaysia.com/2010/06/10-reasons-why-cloth-diapers-leak/

NOTA: Anda sepatutnya menukar lampin anak anda 3-4 jam sekali, terutamanya lampin pakai buang (utk newborn 2-3 jam sekali). Namun begitu, lampin kain adalah LEBIH SELAMAT berbanding lampin pakai buang kerana tidak mengandungi bahan kimia/ gel penyerap yg akan bertindak balas dgn urin anak anda (lalu menyebabkan gatal dan ruam)........ Tapi jgn la pulak sampai basah lenjun baru nak tukar.. huhu...

p/s: Saya juga ada menggunakan CD AIO. So far okey (walaupun insert tak tebal kat depan). Boleh la tahan 4 jam (saya tak berani pakai lebih lama dari tu.. hehe)... Mungkin sbb insert dia dijahit kemas/ rapat dgn inner layer, jadi basahan dari baby mengalir dari depan sampai ke tengah/ belakang........ Mmg tak bocor kalau tak lebih 4 jam...

No comments:

Post a Comment