Saturday, December 31, 2011

Blog jualan

Dipersilakan utk ke blogshop baru saya, khas utk jualan dan promosi CD.

QT Alami Shop

http://qt-alami.blogspot.com/

Justeru, blog ini hanya utk info CD dan segala yg berkaitan dgn CD sahaja.. harap maklum.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan/ pertanyaan juga bolehlah hubungi saya melalui email/ msg dalam Facebook. Insya-Allah saya akan balas secepat mungkin.

h/p: 019-9435405
email: miss_nuzula@yahoo.com
YM: miss_nuzula
Facebook: Kaklong Nuzula

p/s: Saya meletakkan diri saya sebagai ibu dan pengguna seperti anda.. dan sebagai pengguna saya juga amat mengambil kira setiap ringgit dan sen yg nak dilaburkan... :)

Friday, December 30, 2011

Perhatian!!!

Untuk makluman anda, hampir semua entry di dlm blog ini adalah tulisan saya sendiri, yg ditulis hasil pembacaan, pengamatan, penelitian dan juga research dlm masa berbulan-bulan dari sebelum saya menggunakan CD lagi sehinggalah skg.

Mmg saya mahu berkongsi maklumat ttg CD di sini, TETAPI bukan bermakna anda boleh ambil tulisan saya semudah copy n paste. Sila hormati hak milik dan hak cipta org lain.. dan kepada anda yg mahu berkongsi pendapat/ pengalaman, anda adalah dialu-alukan utk meninggalkan komen. Terima kasih.

Kepada newbies sila baca (di Info CD):

- Cloth diaper
- Beberapa term/ istilah
- Tips beli CD
- Pocket diaper (termasuk cara pakai pocket CD)
- Snap button vs velcro (perbezaan antara snap button dan velcro)
- Panduan penggunaan dan cara basuh

Thursday, December 29, 2011

Mari bertukar kepada cloth diaper!!

Kepada ibu-ibu yg baru tahu kewujudan cloth diaper - lampin kain moden ni, atau belum pernah tengok mcmana rupa cloth diaper ni... dan tak dapat gambarkan mcmana rupa CD ni, apa yg boleh saya katakan;

Cloth diaper/ lampin kain moden ni sama jer mcm 'pampers', cuma daripada kain (dgn material yg sgt bagus), boleh dibasuh dan dipakai semula berulang kali... Itu saja, tapi kebaikannya sgt banyak berbanding 'pampers'/ lampin pakai buang.........

"THE BEST OF PARENTING IS NATURAL PARENTING AND CLOTH DIAPERING IS ONE OF THE NATURAL PARENTING......."

SO, LET'S CHANGE TO CLOTH AND HAPPY CLOTH DIAPERING, MOMMIES!!!!

Saturday, March 26, 2011

Bamboolite AI2


Coolababy coloured button


Itti Bitti Limited Edition

untuk cuci mata sahaja..



Di Pasaran: Lunatots V2


Warna butang/ velcro yg sama dgn inner microfleece.

Jenis pocket dan AIO.

Terdapat juga Lunatots printed.


Di Pasaran: BumGenius Artist Series



Friday, March 25, 2011

GroVia AIO


Thursday, March 24, 2011

Stripwashing cloth diaper

Copy dan edit dari blog saya, http://kaklongnuzula.blogspot.com/2010/08/stripping-cloth-diapers.html

(Artikel asal bertarikh 29 Ogos 2010. Sila rujuk link asal utk rujukan2 lain berkenaan stripwash cloth diaper).


Secara umumnya stripwashing (juga dipanggil stripping) cloth diaper (CD) adalah proses mencuci CD daripada kotoran halus/ bendasing seperti mendapan sabun (build-up detergent) yg terbentuk atau terbina di dalam material/ fabrik CD dan insert/ soaker selama kita menggunakan CD itu (pakai-basuh-pakai-basuh yg berulang kali).

Mungkin juga terdapat 'build-up residue' yg lain seperti kesan nappy cream atau fabric softener (kalau ada ter-guna), ataupun kesan softener yg lekat pd mesin basuh (yg kita guna ketika basuh baju lain).. Ini pun blh berikan kesan pada CD kita.

Selain itu, mungkin terdapat kesan minyak daripada poop baby. Ya, bhn buangan bayi juga mengandungi unsur minyak yg akan termendap atau membentuk mendapan di dalam fabrik CD, terutama di lapisan inner CD (seperti fleece dan suede). Mungkin juga 'lemak susu' yg terdapat dlm bhn buangan bayi yg membentuk build-up residue pada CD (sekadar andaian saya) :)

Mendapan halus/ build-up residue/ build-up detergent itu terbentuk di celah2 liang fabrik dan menghalang CD menyerap basahan dgn sempurna.

Justeru, stripping adalah proses utk menanggalkan mendapan halus itu agar CD kembali menyerap dgn baik...

Bila perlu lakukan stripping?

1. Apabila CD mula bocor/ tidak dapat menyerap dgn baik/ kelihatan kalis air bila dialirkan air ke atas lapisan inner (air bergerak ke tepi CD).

2. CD kelihatan tidak bersih, innernya tidak lagi putih dan mungkin berbau manakala insert pula menjadi keras dan tidak lagi putih bersih dan lembut gebu.

3. Sudah lama/ tidak pernah lakukan stripping. FYI, stripping perlu dilakukan beberapa bulan sekali bergantung pada kelasakan penggunaan CD tersebut, yakni bergantung pada rotation CD. Kalau jarang2 sekali guna CD tu, mungkin 4-5 bulan sekali baru buat. Kalau ada dlm 20 pcs CD rasanya dlm 2 bulan sekali boleh buat stripping. Paling kerap pun rasanya sebulan sekali dan sebenarnya tidak perlu dilakukan terlalu kerap kerana tidak bagus utk jangka hayat CD kita.

Cara stripping?

Terpulang kepada keselesaan (dan kerajinan) anda serta tahap 'ke-teruk-an' CD anda.. huhu.. Agen2 yg biasa digunakan utk stripping CD adalah seperti:

- air panas/ air suam

- cecair pencuci pinggan yg handal menanggalkan minyak (seperti sunlight)


- soda bikarbonat

- cuka (distilled vinegar/ distilled white vinegar).

Di Barat, org2 putih sudah lama menggunakan soda bikarbonat dan distilled white vinegar utk mencuci pakaian dan peralatan rumah. Bahan2 itu digunakan sbg langkah penjimatan, lebih natural, selamat dan mesra alam.

Utk CD, soda bikarbonat dapat memutih dan menggebukan kembali CD (khususnya insert). Cuka juga berfungsi utk memutih, melembut dan menghilangkan bau tidak enak pada CD. Selain itu, cuka juga berfungsi utk meneutralkan kembali CD slps dibasuh dgn soda bikarbonat.

Selain itu, utk stripwash CD ada juga org kita yg menggunakan limau nipis. Perah pada inner CD dan insert, biarkan sebentar sblm bilas.

Ada juga yg merebus insert. Bagi saya cukuplah dgn merendam insert dlm air panas (dlm baldi). Insert microfiber biasa/ hemp dan bamboo takde masalah kalau nak rebus/ rendam dlm air panas. Jgn rebus soaker yg ada lapisan PUL dan elastik sudah la, mcm soaker grovia.

Jika kotoran degil, ada juga yg menyarankan guna vanish. Apapun CLOROX adalah pilihan terakhir yer...

PENTING!! Apapun cara stripwash CD anda, air panas dan cuka jgn bagi kena material PUL kerana boleh merosakkannya.. Rasanya cuka dlm air yg byk takde masalah.. Jgn cuka semata2 kena PUL dah la...

Insya-Allah ada masa nanti sy sambung lg.. Kalau nak rujuk artikel ttg stripwashing CD sila ke link asal, tulisan di personal blog saya tu..