Showing posts with label Pocket diaper. Show all posts
Showing posts with label Pocket diaper. Show all posts

Monday, January 25, 2010

Pocket diaper

Pocket diaper ataupun pocket CD (ataupun CD berpoket) terdiri daripada pocket pant dan insert ataupun dipanggil juga soaker (untuk meyerap basahan dari baby).

Ini adalah contoh pocket pant dan insert...

pic credit to umidanishku.blogspot

Yang berwarna oren itu adalah pocket pant (tak pun org panggil CD/ poket CD jugak) dan yg berwarna putih itulah insert.

Ini adalah pocket diaper pandangan sebelah dalam...


Beberapa istilah berkaitan pocket CD...

Inner layer: Lapisan sebelah dalam CD yg bersentuhan dgn kulit bayi, biasanya berwarna putih daripada material microfleece atau microsuede/ suede cloth (yg membuatkan kulit bayi sentiasa kering dan selesa).

Outer layer: Lapisan sebelah luar CD (yg berwarna/ bercorak), daripada material PUL (polyurethane laminate) yg nipis, lembut tetapi tahan lasak dan kalis air (utk menghalang kebocoran). Material PUL adalah bersifat 'breathable', dgn itu kulit bayi boleh bernafas!!

contoh material PUL (yg berwarna hijau itu, pandangan sebelah dlm CD)

Pocket opening: Tempat memasukkan insert.

Closure: Pelarasan pinggang, sama ada button/ velcro.

Insert itu adalah seperti tuala, tetapi dibuat daripada material yg sgt menyerap (sememangnya utk menyerap basahan dari baby). Biasanya dibuat daripada microfiber, hemp, cotton dan bamboo, tetapi yg banyak digunakan adalah microfiber.

Ada juga yg saya jumpa ibu2 yg menggunakan tuala yg dijahit kemas sebagai insert. Dan ada juga yg melipat kain lampin yg 4 segi tu utk dijadikan insert.

Insert hemp dan bamboo ada dijual di beberapa online store Malaysia. Harganya mmg lebih mahal daripada insert microfiber.

Utk maklumat lanjut tentang insert, boleh lihat di Jenis dan design insert (di Info CD). Dan utk cara pakai pocket CD, juga boleh lihat di Info CD.


Tuesday, December 8, 2009

Cara pakai pocket CD

Ini adalah cara untuk pakai ONE SIZE POCKET DIAPER...


Hanya 3 langkah!!!

1. Adjust size
2. Masukkan insert
3. Pakaikan pada baby

Utk penggunaan kali pertama saja anda perlu 'adjust' dulu saiz CD, jika mahu saiz S atau M (saiz L takyah buat apa2).... dan setting saiz itu tak perlu dibuka apabila basuh (biar mcm tu jer)... Jadi lepas tu takyah adjust size lagi la (terus masuk insert dan pakai)...

Utk penggunaan biasa (siang hari), hanya perlu gunakan 1 insert dan utk malam bolehlah gunakan 2 insert. Maksimum 3 insert (utk anak yg dah agak besar dan mmg jenis heavy wetter).

Ni cara utk setting saiz...

Caranya butangkan button yg kat depan CD tu.... (gambar dah cukup besar ni, harap blh faham :D)


Butangkan ketiga-tiga button dalam sebaris tu... Faham tak??? (penat lukis anak panah tu)...

Maknanya saiz S akan jadi kecil la. Kalau nak saiz L/ paling besar biarkan aje butang2 tu (sbg hiasan)...

Jadi, jika anda bermula dgn saiz S (paling kecil) dan tiba masanya baby anda perlu bertukar kpd saiz M, jadi anda tukar la setting saiz kpd saiz M. Dan bila dia besar lagi, saiz L. Mcm tu la. Ini yg dinamakan one size... Jadi, the diaper grows with our baby!!!


Nota: Pada masa kini terdapat one size CD dgn 4 saiz bolehubah, dari newborn (XS) ke L dan ada juga dari S-XL (4-15kg)... dan ada yg sehingga 17 kg...

Monday, December 7, 2009

Cara pakai pocket CD (bergambar)

Sila klik utk besarkan gambar..