Wednesday, December 29, 2010

Pendaftaran perniagaan

Alhamdulillah, setelah setahun beroperasi secara online dan offline, kini perniagaan saya telah pun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama QT Alami Enterprise (001997154-V).

Ini menunjukkan saya serius dalam menyokong dan mempromosikan asuhan alami/ keibubapaan alami (natural parenting) khususnya pemakaian lampin kain moden di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Saya juga menyokong penuh 'green living' dan kehidupan yg lebih 'natural'!!

Sehubungan dgn itu, saya akan beroperasi di satu blog lain dan blog ini hanya untuk info CD sahaja (taknak campur). URL blog baru akan dimaklumkan kemudian..

Sekian. Terima kasih atas sokongan semua!!

(dicatat pada 12 Disember 2010)


Thursday, December 9, 2010

Prewash cloth diaper

Semua cloth diaper baru (apapun jenis dan materialnya) perlu dilakukan prewash sebelum digunakan (dipakaikan) pada bayi anda.

Terlebih dahulu:

1. Kenali material CD anda.
2. Baca instruction daripada pihak pengeluar/ penjual.

Apa itu prewash?

Prewash adalah pra-basuhan cloth diaper yg baru sblm cloth diaper itu digunakan. Ini bermakna CD yg baru dibeli perlu diprewash terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

Tujuan prewash?

1. Tujuan pembersihan: untuk membersihkan CD daripada sisa2 pembuatan fabrik dan juga ketika proses pengilangan CD itu. CD dibuat daripada material baru, jadi rasionalnya mmg perlu dibasuh dahulu sblm digunakan.

2. Tujuan penyerapan: bagi membolehkan CD anda menyerap dengan lebih baik. Semakin kerap CD dibasuh, semakin bagus kadar serapannya.

3. Supaya mendapat bentuk dan saiz sebenar CD itu (to fit-snugly on baby). Utk itu CD perlu dibasuh dan dikeringkan beberapa kali (bagi sesetengah material, mgkin ada material yg mengecut (shrink) atau mengembang?). Biasanya pihak pengeluar telah mengambil kira hal ini semasa proses pembuatan CD :)

Berapa kali prewash?

Utk CD biasa (kebanyakan CD di pasaran) perlu diprewash 2 hingga 3 kali. Bagi saya, minimum adalah 3 kali prewash. Bagi CD/ insert bamboo/ insert hemp perlu diprewash 6-8 kali utk mendapatkan kadar serapan yg optimum. Begitu juga dgn material organic cotton (seperti soaker grobaby/ grovia) minimum 6 kali prewash.

Bagaimana yg dikatakan prewash?

Basuh, jemur (hingga kering) dan basuh semula. Ulang sebanyak 3x (atau sehingga serapan ok).

Caranya?

Utk prewash boleh basuh tangan (hand wash) atau pakai mesin basuh. Utk basuhan pertama boleh gunakan sedikit sabun dan utk basuhan kedua dan ketiga boleh basuh tanpa sabun. Utk prewash kali pertama boleh juga gunakan air panas (suam).

Cadangan prewash?

Cara saya: Utk CD baru saya just celup2 air atau lalukan bwh air paip. Then, perah dgn lembut dan jemur. Boleh juga spin dgn mesin basuh sebelum jemur (mesti letak dlm laundy net).

TIPS: Boleh tumpang spin dgn CD lain yg dibasuh, ketika spin yg terakhir.. huhuhu..

Adakah semua bahagian CD (insert/ soaker/ shell/ cover/ pocket pant) perlu diprewash?

Ya, terutamanya insert/ soaker perlu diprewash utk meningkatkan kadar serapan. Sebaik-baiknya prewash insert/ soaker mengikut jenis material atau mengikut aturan/ cadangan pihak pengeluar.

Shell/ cover CD (utk jenis AI2) boleh diprewash 2 kali sahaja. Pocket pant dicadangkan 3 kali prewash (supaya inner dpt menyerap basahan dgn baik).

Untuk hemp dan bamboo (dan mungkin material organik yg lain spt organic cotton)

Sila prewash hemp dan bamboo berasingan daripada CD lain. Ini bermakna asingkan CD/ insert dari material hemp dan bamboo semasa prewash (jgn campur sekali). Utk hemp dan bamboo digalakkan prewash dgn air panas, mungkin prewash dgn air panas 2-3 kali dan dgn air paip biasa selebihnya (minimum 6-8 kali prewash). Material hemp (dan bamboo pun rasanya) mempunyai 'natural oil', jadi perlu diprewash berasingan dan dgn air panas utk buang lapisan oil itu. Jika tidak ia tidak dpt menyerap dgn baik (kalis air).

Ini dari Sentuhan Bayu,

HOW TO PRE WASH YOUR CLOTH DIAPER - MALAYSIAN WAY

(http://www.sentuhanbayu.com/2010/01/how-to-pre-wash-your-new-cloth-diaper.html)

1. Put inserts into smaller laundry bag & diaper cover in bigger laundry bag.
2. Throw it into washing machine.
3. Pour in the CD friendly detergent (1/4 cup per wash load) i.e PUREEN H.A.D.
4. Select NORMAL Cycle Program.
5. Once completed, line dry both inserts & diaper cover.
6. Repeat the process for 3 times.

Then, it is ready to put on your baby.

Bagaimana pula dgn CD preloved?

CD preloved tidak perlu diprewash (boleh terus digunakan jika disimpan dalam keadaan yg baik dan tidak terlalu lama tersimpan). Kalau nak basuh jugak, cukup la sekali. Itulah kelebihan CD preloved :)