Tuesday, April 27, 2010

Sunny Baby n QQbaby minky

Brand Sunny ada gambar matahari senyum n brand QQbaby ada gambar kartun.. Material kain/ fabrik mmg sama...

Kiri QQbaby, kanan Sunny..

Kiri QQbaby, kanan Sunny (cutting sama je, mgkin dlm gambar nampak lain sket sbb kedut elastik CD itu)

Kiri QQbaby, kanan Sunny (saiz dia sama je)

pun sama, kiri QQbaby, kanan Sunny

Insert.. atas Sunny, bawah QQbaby (Sunny takde label brand).

Secara umumnya...

1. Sunny Baby minky mempunyai cutting (potongan) yg sama sahaja dgn QQbaby minky. Material yg digunakan pun sama (outer laminated minky, inner suede). Hanya baru2 ini sahaja Sunny Baby minky terdapat yg inner microfleece.

2. Beza hanya pada "brand" n label (di sebelah dlm CD). Bezanya lagi, Sunny Baby snap button tak blh bertindan closurenya mcm QQbaby minky (button).

3. Oh ya, CD Sunny ni takde beg mcm QQbaby (utk setiap belian 2 pcs CD QQbaby ada beg transparent, yg mcm Coolababy tu). Oh ya, lagi satu insert Sunny kosong je (takde label brand) n insert QQbaby ada label brand. Tp lebih kurang sama je la insert dia...

4. Sunny Baby minky velcro versi terdahulu (mula2 dulu) tidak mempunyai laundry tab tapi skg semua dah ada laundry tab (tempat utk lekatkan pelekat velcro masa nak basuh CD).

Nota: Semua gambar di atas adalah milik saya. Strictly do not copy!!

(entry ini dicatat pada 22 April 2010 dan dikemaskini pada 28 Ogos 2010).


Sunday, April 25, 2010

Model CD Minky


Naufal memakai QQBaby Minky corak zebra... Dlm proses potty-trained sepenuhnya, cuma pakai CD utk day sleeptime sahaja... :)

Review/ testimoni CD QQBaby Minky


"Sebelum saya memakaikan anak saya CD QQbaby Minky ni pun saya mmg sudah amat berpuas hati. Dengan pocket pant minky yg lembut & juga inner suede yg putih. Tambahan pula dengan cutting yang lebih besar... bayangkan anak saya memakai CD lain menggunakan setting saiz L tetapi CD QQBaby Minky ni hanya setting saiz M. Jadi mmg besar cutting dia berbanding CD lain (tapi tak pula bulky!). Setelah memakainya saya dapati anak saya amat selesa & penyerapannya juga baik kerana tahan selama 5 jam pada anak saya yang heavy wetter. Biasanya CD lain anak saya hanya tahan 3-4 jam paling lama. Tidak mudah bocor & selesa..... Saya tak ragu2 untuk menambah stok CD ini lagi, sebab saya sudah jatuh hati pada CD QQBaby Minky ni..." - Marsha, Perak (ibu kepada anith, 1 thn+).


And look at this...

Baby ini pun memakai minky CD corak moo cow (tapi tak tahu la brand apa yer, myb yg jual dekat eBay tu)...


Nota tambahan: Selama saya pakai CD ni utk anak saya pun mmg tak pernah lagi bocor! Sy suka pakaikan anak saya CD ni utk tido malam. Pernah pakai sampai 10 jam dr pukul 11 mlm sampai 9 pagi (hingga mandi pagi).. huhu.. Mmg tak bocor walaupun CD tu dah penuh... Anak saya jenis kecik, ok jer (fits her very well) dgn setting saiz S CD ni (CD lain setting M). Mmg no regret la beli CD ni.. hehe.. Ada sorang lagi ibu 1 Malaysia pun suka sgt dgn CD minky ni, katanya boleh pakai sampai 10 jam utk anaknya...