Sunday, January 31, 2010

Happy cloth diapering giveaway

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan dgn penuh rasa rendah diri (huhu) saya ingin menganjurkan satu giveaway...


Objektif giveaway ini adalah utk mengajak ibu-ibu semua menggunakan cloth diapers utk baby/ anak2 kita, kira mcm kempen CD la ni (kempen kecil-kecilan dari saya sbg satu usaha utk menghijaukan bumi)...

Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua mommy bloggers (mereka yg ada blog) dan berminat dgn cloth diapers.

2. Terbahagi kepada 2 kategori, iaitu;

Kategori A: utk mereka yg belum atau baru aje berjinak-jinak dgn cloth diapers
Kategori B: sudah menggunakan cloth diapers (mmg dah berCD la katakan)

Cara-caranya...

- Jadi FOLLOWER di blog ini (dgn segala hormatnya)... dan ADD blog ini dlm bloglist anda.

- Buat satu entry tentang giveaway ini, dengan tajuk entry Happy cloth diapering giveaway. Jadikan sticky mode sehingga 31 Januari 2010.

- Copy banner di atas dan letak dlm entry dan di sidebar blog anda (serta link-kan ke entry ini).

Utk kategori A:

Ceritakan secara ringkas kenapa anda berminat dgn cloth diaper (sbb comel ke, sbb jimat ke... atau sebab apa-apalah). Kalau nak letak gambar baby pun boleh jugak (nyatakan nama n umur baby).

Utk kategori B:

Ceritakan pengalaman anda berCD (secara ringkas je) dan kenapa anda memilih utk menggunakan cloth diaper, serta uploadkan sekeping gambar anak anda memakai cloth diaper. Jgn lupa nyatakan nama n umur baby. Gambar anak anda itu nanti mungkin akan jadi model CD di blog ini...

Akhir sekali, tinggalkan komen (link anda) dlm entri ini supaya saya dapat menjejaki blog anda.

Pemenang akan dipilih secara rawak (serawak2nya dan sejujur2nya).... mungkin akan gunakan random.org (tgk la nanti)...

Hadiahnya:

Tentulah cloth diaper, satu CD utk seorg pemenang bagi setiap kategori (boleh pilih nak CD mana yg ada dlm stok saya).

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 31 Januari 2010 dan saya akan umumkan pemenangnya selepas tarikh itu (insya-Allah).

Oh ya, sebagai penghargaan kepada semua peserta, anda boleh beli CD yg ada di sini dgn harga yg istimewa (seperti di bawah ini), sebaik sahaja "penyertaan anda diterima"...

Coolababy pocket button - RM27 (buy 2 at RM26/pc, 4 and above at RM25/pc)
Coolababy pocket velcro - RM29 (buy 2 at RM28/pc, 4 and above at RM27/pc)
Coolababy AIO - RM28 (buy 4 and above at RM27/pc)
Babyland printed - RM28 (buy 2 at RM27/pc)
Rainbow BB - RM28 (buy 3 and above at RM27/pc)

SANGAT-SANGAT MURAH BERBANDING HARGA PASARAN...

(Tawaran sah sehingga 31 Januari 2010 dan bergantung pada stock availability juga yer....)


Wednesday, January 27, 2010

Beberapa brand CD

Ni ada beberapa brand/ jenama cloth diaper (semuanya one size pocket diaper) yg mudah/ boleh didapati di Malaysia....

Nota: Ini adalah sebagai info semata-mata, buat masa ini saya hanya menjual brand Coolababy, Babyland printed n Rainbow BB aje....


Lunatots
(Malaysia brand ~ proudly!)


harga RM46-57 (sama ada button/ velcro, plain/ printed)

ada juga yg wording (velcro, harga RM53)

Nota: Kini lunatots one size lebih besar (utk baby 3-17 kg, blh adjust dr S ke XL). Sy tak pasti skg 1 atau 2 insert sbb sblm ni harga depends 1 atau 2 insert. Juga terdapat Lunatots AIO.


Kasihku sayangku (KS) ~ Malaysia brand

harga RM55.90 (tp skg boleh dapat dgn harga RM45)


Gifts from Heaven (GfH) ~ Malaysia brand

harga RM49 (button), RM52 (velcro). juga ada yg bigger size (XL, utk 13-17kg)


Babyland (plain)

harga dlm RM30-35

Shinies
(brand Canada tp made in China)

harga dlm RM38-45

Sweet Doll Baby

harga dlm RM39

Rainbow Baby

harga dalam RM30-38


My Baby



ada yg button n velcro, harga RM 35 (1 insert) RM43 (2 insert)

My baby (printed) RM49 (1 insert)


Crazy Momy (CMCD) ~ Malaysia brand


velcro CD, terdapat pilihan inner layer (sama ada microfleece/ microsuede), harga RM48 (2 insert)

Nota: Boleh dikatakan hampir semua CD di atas adalah made in China (dikilangkan di China) walaupun 'jenama Malaysia'... Mungkin sebab dekat China senang dapat/ murah material utk CD ni... And apa yg saya dengar, yg US brand pun rupa2nya import kain/ fabrik utk CD dari China jugak..

Kelebihan memakai CD (yang lain)



Ni ada beberapa lagi kelebihan memakai cloth diapers/ lampin kain....


1. Tidak perlu membeli DD/ pampers / lampin pakai buang yg byk lagi setiap bulan. Tidak perlu sentiasa cek stok 'pampers'.. (eh, pampers dah nak abis ni... kena beli) dan tak perlu risau kehabisan 'pampers' di tgh malam.

2. Tidak perlu berkejar membeli 'pampers' di mana2 pasaraya yg ada SALE/ OFFER/ PROMOSI lagi... Juga tak perlu mengangkut 2-3 pek sekali beli (berat, nak beli brg lain lagi)... Dan tak perlu tercari-cari pasaraya mana yg ada sale pampers utk bulan ini (huhu)... Psstt... kalau pakai CD dah boleh cut down budget utk pampers ;)

3. Tak perlu buang sampah yang banyak lagi setiap hari, tambah2 lagi kalau duk rumah tinggi (huhu)... Mmg benar 50% drp sampah sesebuah rumah yg ada anak kecil adalah 'pampers'. Saya juga sudah merasai 'kelebihan' ini...Ya, tidak perlu lagi buang sampah yg banyak dan berat (pampers terpakai adalah berat ok?)... Tak perlu sentiasa ingatkan suami utk buang sampah (pampers), sbb kalau lambat buang mmg semerbak baunya.

4. Tak rasa rugi... hehe.. Contohnya, elok je tukar pampers yg baru, baby pun membuang (lagi) tentu akan rasa huh, ruginya... Tambah2 lagi kalau pampers yg mahal. Rasa sgt buang duit.. Tapi kalau pakai CD, tak terasa rugi sebab boleh basuh.. :)

5. Dapat pantau sistem perkumuhan bayi. Do you get what i mean?? Hehe... Maknanya dpt tahu anak kita kencing byk mana, brp kerap... Dan ini adalah kelangsungan drp dia minum susu yg cukup atau tidak, terutamanya bg ibu yg direct BF baby mereka (mcm saya). Biasanya dlm 3-4 jam tu CD akan penuh dan perlu ditukar, jadi itu bermakna anak saya kencing 2-3 kali = Ya, dia mendapat cecair/ susu yg cukup!!! Dan saya akan sedikit gusar jika lampin anak saya masih kering selepas 4-5 jam dipakai.

UPDATE on 22.2.10: Dari apa yg saya baca, mmg doktor mencadangkan pemakaian lampin kain utk mengetahui anak kita mendapat cukup cecair atau tidak melalui tahap kebasahan anak kita/ anak kita kencing byk mana. Caranya dgn kira berapa lampin yg basah/ penuh setiap hari!!!


An average newborn-6month: Baby wetting is 60-110ml during the day or at night.
Average 6month-1yrs: Baby wetting 110ml-140ml during the day and 143-182ml at night.
Average toddler wetting 130ml-160ml, during the day and 195-240ml at night.



6. Juga dapat pantau berapa kali dia 'membuang' dlm sehari (huhu). Mcm anak saya ni mmg sekali sehari dia poop (skg usianya 10 bulan). Kita akan lebih peka dia ber*k ke tidak hari ni, or dah berapa hari dia tak 'kareb', ataupun eh.. dah 3 kali budak ni membuang hari ni...??? Kalau pakai DD kan kita pakai dan buang, pakai dan buang, mmg LUPA dan TAK PERASAN semua tu.

7. Dgn itu anda juga dapat pantau KESIHATAN anak anda. Ini kerana bahan buangan / najis bayi menunjukkan dia sihat atau tidak.. sama ada BIASA, CAIR, KERAS (SEMBELIT), KEHIJAUAN, atapun ADA DARAH dan sebagainya.. (Eh, saya bukan nak buat anda geli tapi ni betul). Selalunya kalau baby demam, najisnya akan cair. Kalau hijau tu tandanya baby tak berapa sihat. Boleh baca lebih lanjut kat sini:

http://www.babycenter.com.my/malay/baby/najis-bayi/

http://xclusivelyxpressing.forumotion.com/t96-jenis-warna-najis-bayi

http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/04/kesihatan-bayi-melalui-warna-najis.html

8. Selain itu, kita juga akan lebih peka dgn pemakanan anak kita, apa yg dia sesuai/ tak sesuai makan. Anda juga boleh pantau apa yg anak anda makan di rumah pengasuh, apa yg mereka bagi anak anda makan. Kot depa bg anak anda makanan yg tak sesuai jika anak anda masih kecil. Cth: Boleh tahu tiba2 anak anda 'keciritan' jika makan satu2 makanan tu.

9. Ini juga satu lagi faedahnya... Masa membuang/ bilas CD yg terkena poop tu anda mungkin akan jumpa bendasing dlm bhn buangan anak anda... huhu.. Contohnya jika anak anda suka mengutip (dlm usia 6-9 bulan), dia mungkin akan 'makan' kertas, rambut, cebisan plastik dll... Ini adalah dari pengalaman saya sendiri... Lepas tu SERIK dan lebih berhati-hati... (Anak saya mmg kuat sungguh ngutip... Kita rasa lantai dah bersih tapi ada je benda yg dikutipnya).

10. Satu terapi. Ramai juga ibu-ibu yg mengatakan CD boleh jadi satu terapi minda, tatkala menyusun atur cloth diaper dan melihat warna & corak2nya yg cantik... Hilang rasa penat!!

11. Kita akan menjadi ibu yg lebih rajin (huhu) dan anak kita tidak akan lupa 'pengorbanan' kita membasuh lampinnya sebagaimana kita (saya!) tidak pernah lupa pengorbanan ibu dan bapa saya membasuh kain lampin kami adik-beradik semasa kami kecil dulu.

12. Rasa sayang yg mencurah2 kat anak tatkala membasuh, menjemur dan melipat kain lampinnya... Tak percaya, cubalah! (pernah terbaca ada juga ibu yg cakap mcm ni). Kalau pakai DD kan, rasa menyampah dgn bau busuk, cepat2 rasa nak humban sampah tu.

13. Jadi memang betul la mengarah kepada natural parenting, strong bonding between mom n baby!!

Akhir sekali...

14. Semoga apabila kita tua dan uzur nanti (dan kita pula perlu pakai pampers/ lampin?) anak kita tidak akan teragak-agak untuk membersihkan kita dgn penuh kasih sayang...............

Wallahu a'lam...

Sekian terima kasih.

p/s: Kalau ada sesiapa nak tambah silalah yer...

LAST UPDATE ON 22 APRIL 2012.


Tuesday, January 26, 2010

Snap button vs velcro

Jika anda baru nak berCD atau baru nak menggunakan cloth diaper, tentu anda akan tertanya-tanya apa bezanya snap button dan velcro?


Snap button = butang katup
Velcro = velcro tape/ velcro fastener = pelekat velcro (juga dipanggil hook n loop)

Hampir semua cloth diaper yg terdapat di pasaran hari ini terdapat dlm 2 pilihan, iaitu snap button dan velcro.

Snap button atau velcro itu adalah 'closure' cloth diaper itu ataupun pelarasan (kemasan di bhg pinggang) ketika memakaikan CD pada bayi. Kalau 'pampers', semuanya menggunakan tape (pita) pelekat kan.. tapi CD terdapat dlm pilihan snap button dan velcro.

Contoh CD snap button

Coolababy

Lunatots (style 2 butang, double row button)


Rumparooz (Juga style 2 butang)

Fuzzibunz (dgn design snapnya yg agak unik)


Contoh CD velcro

Terdapat 2 jenis velcro, iaitu yg agak besar dan lebar seperti CD Kasihku Sayangku, Drybees, Happy Heiny's, Dyana CD dll


Kasihku Sayangku (KS)

Drybees

Happy Heiny's

(eh baru perasan semua warna pink...)

Ini pula jenis velcro seperti CD Lunatots, bumGenius, Coolababy dll
(pelekat velcro yg lebih kecil, mcm 'pampers')


bumGenius


Lunatots (pic credit to Diyaluna.com)

Ini pula style Blueberry


(chanteks kan???)

Perbezaan CD snap button dan velcro, kita lihat dari segi;

1. Senang pakai - CD velcro (lebih mesra bapa, mesra nenek n mesra pengasuh... Malah dalam gelap dan org rabun pun boleh guna CD velcro!!)

2. Senang buka - CD velcro ~ sgt senang dibuka (menyebabkan budak2 boleh buka!!)

3. Cepat pakai - sudah tentu CD velcro (sesuai utk budak2 yg sgt tak duk diam)

4. Cepat utk dibuka - ermm rasanya sama jer.. atau velcro lagi cepat kot?

5. Senang basuh - CD button (utk CD velcro perlu lekatkan pelekatnya pada 'velcro tab', jika tidak bhg velcro itu akn melekat ke insert dan CD2 lain).

6. Agak 'cerewet' - CD velcro (masa nak basuh CD berpoop kdg2 'stain' itu boleh melekat di bhg velcro). Tambahan pula nak basuh tu kena lekatkan dulu pd velcro tab. Kdg2 tu walaupun dah lekatkan pada velcro tab, tetap juga boleh terbuka dan melekat ke CD lain.

7. Kuat (susah nak buka) - CD button. Ini ada pro n cons nya. Dari segi kekuatan ni bagus la budak2 (toddler) susah nak buka CD button. Kalau CD velcro diorg blh buka.

8. Kekemasan di bhg pinggang - bagi bayi yg masih kecil, CD velcro lagi kemas n boleh betul-betul 'fit' mengikut saiz pinggang baby (kerana velcro boleh bertindan utk saiz pinggang yg kecil). Bagi bayi yg dah besar sikit, kedua2nya (button n velcro) sesuai.

9. Nampak kemas dan cantik - ramai yg mengatakan CD button lebih kemas dan cantik. Malah CD button akan sentiasa kelihatan baru!!

10. Kurang bocor - CD velcro kurang risiko utk bocor di bhg pinggang (dan celah paha) kerana kita blh fitkan elok mengikut saiz badan baby. CD velcro lebih 'adjustable' dan 'flexible' di bhg pinggang berbanding CD button kita hanya mempunyai pilihan butang2 itu shj. Namun begitu CD button pun tidak bocor jika dipakaikan dgn kemas (dari pengalaman saya sendiri).

11. Tahan lama - rasanya CD velcro lebih cepat 'usang' di bhg velcro tetapi bagi CD button pula, kalau tercabut button tu habis la!!! (namun rasanya susah nak tercabut butang tu, kalau tercabut pun mungkin boleh dibaiki).

12. Harga - biasanya CD velcro lebih mahal drp CD button.

Update on October 2010: Kebanyakan CD button dan velcro kini dijual pada harga yg sama, kecuali sesetengah brand seperti Lunatots, yg mana velcro lebih mahal drp button.

13. Lebih efisyen dan praktikal - terpulang kepada anda. Jika anda menghantar anak kepada pengasuh, mungkin CD velcro lebih sesuai kerana begitu mirip dgn lampin pakai buang.

Nota saya:

# Saya ada menggunakan kedua-dua CD button n velcro dan saya ok dgn kedua2nya.

# Drp review yg saya baca (drp beberapa forum dlm dan luar negara), ada yg menyukai button n ada yg menyukai velcro dan ada yg langsung tak suka CD velcro, tapi tak ada yg cakap langsung tak suka CD button!! Kira 50-50 la kalau vote antara button dan velcro.

# Kesimpulannya, kelebihan CD velcro mudah utk dipakai, cuma budak2 boleh buka n sedikit 'cerewet' time basuh. CD button pula adalah pilihan yg evergreen!

# Jadi, terpulanglah kpd anda. Cadangan saya anda cuba kedua2nya (button n velcro) dan lihat keserasian anda dan baby anda!!

Bak kata dia ni...

Both kinds of diapers are wonderful & the most important thing to remember is that no matter what kind of cloth diaper you use, it will always be better than disposables

- Missy Zanotto (tulisannya dlm Cloth Diaper Outlet)

~ Kaklong Nuzula ~

Last updated: 5 October 2010.

Kebaikan dan kelemahan snap button dan velcro

Daripada entry sebelum ini berkenaan perbezaan cloth diaper snap button dan velcro (snap button vs velcro) ni saya simpulkan kebaikan/ kelebihan dan kelemahan utk snap button dan velcro.


Snap button

Kelebihan

- Kuat (jadi budak2 tak boleh buka).
- Nampak lebih kemas dan cantik (tp bg saya velcro pun kemas!).
- Lebih mudah diuruskan (ketika basuh).
- Sentiasa kelihatan baru / tak nampak buruk.
- Lebih tahan lama, boleh pakai hingga 2-3 org anak!

Kelemahan

- Agak lambat/ susah nak pakaikan pada baby (terutama baby yg tak duk diam).
- Kurang fleksibel, kerana saiz yg terhad pada butang2 yg ada sahaja utk pelarasan pinggang, terutama bagi bayi yg masih kecil.
- Terlalu kuat, nak buka tu perlukan sedikit tenaga.. Isk kalau tarik kuat sgt plak kang tercabut plak button tu..
- Kalau tercabut button tu tak boleh nak baiki lagi... (err... kalau kreatif blh je author/ modify jd velcro).


Velcro

Kelebihan

- Senang dan cepat utk dipakai.
- Lebih mesra bapa dan pengasuh (lebih menyerupai 'pampers').
- Lebih senang nak fitkan pada pinggang baby (lebih fleksibel dan betul2 mengikut saiz pinggang bayi), terutama bayi yg masih kecil/ newborn amat disyorkan guna CD velcro.
- Velcro kalau dah buruk atau rosak boleh di'author' / tukar dgn yg baru.

Kelemahan

- Lebih cepat 'usang' berbanding CD button. Kdg2 di celah2 pelekat velcro itu blh terlekat benang/ habuk/ kotoran..
- Lama-kelamaan velcro tu mgkin kurang 'lekapan' (jadi tidak kuat lagi/ mudah terbuka). Tapi bagi sesetengah CD jenama mahal, mungkin kualiti velcronya lebih baik.
- Sedikit cerewet masa nak basuh (kena lekatkan pada laundry tab, kalau tak, akan melekat pada insert dan CD lain).
- Budak2 boleh buka (kena pakai seluar!) n kalau budak yg aktif (kuat bergerak) mungkin boleh terbuka dgn sendiri.
- Ada juga yg mengatakan bhg velcro boleh terkena pada kulit bayi dan jadi merah (mungkin jika bayi berkulit sgt sensitif).

Kedua-duanya (button dan velcro) mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2. Jadi terpulanglah kepada kita, bergantung pada preference dan keutamaan semasa kita, juga bergantung pada keadaan bayi/ anak kita..... Tapi mcm yg saya cakap sblm ni, lebih baik anda cuba kedua-duanya...

Last updated: 5 October 2010.


Tanggapan salah mengenai CD

1. CD mahal

Ya, mungkin kali pertama anda mendengar harganya anda akan katakan mahal, tp anda harus pertimbangkan material yg digunakan utk membuat CD moden ini (PUL, fleece, microfiber utk insert dll) ~utk menjadikan CD berkuasa menyerap dan lebih praktikal.

Pertimbangkan juga penggunaan CD berbanding DD, ia adalah jauh lebih jimat, kerana kos CD adalah one-off expenses, anda hanya perlu mengeluarkan sekali sahaja belanja dgn memperuntukkan kurang RM1000 sepanjang anak anda berlampin (berbanding lebih RM3000 utk DD) dan CD boleh disimpan utk anak2 yg seterusnya. Sangat jimat bukan???

Tambahan pula sekarang terdapat banyak jenama CD yg lebih affordable di pasaran, seperti Coolababy dgn harga yg sgt berpatutan..........

Nota: Dalam membeli sesuatu itu, kita bkn sahaja bayar utk sesuatu itu, tetapi kita juga membayar utk usaha menciptanya dan ciptaan itu sendiri, dan mungkin juga kita harus bayar utk jenama dan kualitinya...

2. CD susah nak basuh

Anda hanya perlu bilas sedikit saja CD yg telah digunakan dan boleh basuh dgn mesin basuh 2-3 hari sekali. Ya, 2-3 hari sekali basuh dengan mesin basuh, bukan hari-hari (dgn syarat anda ada 15-20 CDs).. Jadi tak susah bukan? (Lagipun apa sangat la sedikit 'kesukaran' berbanding kebaikan yg tak terkira byknya kpd baby dan alam sekitar!!)

3. CD bocor

Jika dipakai dgn betul CD tidak akan bocor (dari pengalaman saya sendiri dan ramai orang). Tentu ada sebab CD anda bocor. Rujuk Kenapa CD bocor dan cara mengatasinya.

4. CD bulky

Ya, mungkin CD sedikit bulky tapi takdelah sampai besar dan tebal sgt sampai baby jalan terkangkang (hihi). Lampin zaman dulu pun tebal jugak. Juga pertimbangkan bahawa CD tidak mengandungi bahan kimia/ gel penyerap berbahaya seperti lampin pakai buang!!!

5. CD bertahi lalat jika direndam lama

Material CD susah bertahi lalat (CD mmg tak perlu direndam, jadi kenapa nak rendam???). Sekiranya anak on medication, CD akan sedikit kehitaman. Walau bagaimanapun, ia akan hilang selepas beberapa basuhan.

6. CD berbau (hancing)

Oh tidak... CD yg dibasuh adalah tidak berbau apa-apa.... Walaupun tidak menggunakan sabun yg banyak utk membasuh CD, namun CD tetap bersih dan tiada bau kencing/ najis selepas basuhan. Tak percaya? Sila percaya!!!

7. Kesan najis susah nak hilang

Jangan risau, kesan najis mudah saja hilang. Material fleece pada inner layer mudah saja utk menanggalkan kesan najis. Ataupun anda boleh jemur CD anda di bawah cahaya matahari dan kesan itu pasti akan hilang!! Tak percaya juga?? Sila percaya...........

~Kaklong nuzula~

Last updated 16 Disember 2009.

Aksesori dan kelengkapan untuk berCD

Dicatat pada 30 Januari 2010.

Ni ada beberapa aksesori atau kelengkapan utk kita berCD... Bukan semua penting pun, tapi sbg peralatan sokongan/ alat bantu jer... (Mungkin ada yg penting, bergantung pada keperluan anda)... Saya buat entry ni sebab ada yg tanya saya, wet bag tu apa? diaper stacker tu apa? So, ni la benda2nya....

Nota:
Gambar di bawah ini tidak mengikut skala...

Nappy liner
(sbg alas antara lampin dan baby, supaya senang nak basuh CD yg berpoop. Digalakkan guna jenis flushable/ biodegradable liner (spt gambar) sbb mudah terurai dan tak bebankan alam sekitar).


Fleece liner
(ada yg berwarna dan bercorak, juga sbg alas antara lampin dan baby).

Sebenarnya terdapat pelbagai 'aksesori' lain yg berupa liner/ insert, dipanggil soaker/ booster/ doubler (dari pelbagai material). Biasanya yg dipanggil liner hanya digunakan sebagai alas lampin (utk menambahkan keselesaan baby dan memudahkan kerja membersihkan CD), manakala soaker/ booster/ doubler adalah utk menambahkan daya serapan CD (supaya lebih berkuasa menyerap dan menyimpan basahan)...


Snappi
(alternatif kpd pin lampin, digunakan bersama lampin jenis prefold).


Cloth wipes
(alternatif kpd baby wipes yg pakai buang tu, digunakan utk lap/ bersihkan baby, dari pelbagai jenis material dan boleh dibasuh).

Spray bottle

(utk membersihkan baby semasa tukar lampin. Bg saya sgt perlu utk newborn).


Changing pad


Wet bag
(kalis air dan bau, utk simpan CD yg dah digunakan. Sgt berguna jika hantar anak ke pengasuh/ daycare).

Diaper stacker
(utk menyimpan diapers yg belum digunakan).


Diaper sprayer
(utk memudahkan kerja membersihkan CD yg berpoop).


Diaper pail (atas dan bwh)


Digunakan utk letak CD yg dah digunakan (sblm dibilas). Alaaa... boleh je gunakan tong/ baldi yg bertutup. Takpun bekas sampah yg jenis pijak utk buka tu... Sebenarnya 2 diaper pail diperlukan. Satu lagi baldi biasa pun boleh (utk letak CD yg dah dibilas).


Laundry net/ washing bag
(penting utk menjaga jahitan CD jika basuh dgn mesin basuh. Kalau takde sangat/ takmau beli blh je gunakan sarung bantal yg lama2).


dan saya rasa ini juga penting...

.

.

.

.

.

.

Untuk jemur CD dan insert... hehe... Nak keringkan dlm umah pun senang...

NOTA: Sebenarnya terdapat banyak lagi aksesori dan kelengkapan utk berCD ni, kalau anda tgk dekat kedai2 online luar negara. Semuanya utk memudahkan kita dan utk menambahkan 'keseronokan' berCD... hihi...

Monday, January 25, 2010

Pocket diaper

Pocket diaper ataupun pocket CD (ataupun CD berpoket) terdiri daripada pocket pant dan insert ataupun dipanggil juga soaker (untuk meyerap basahan dari baby).

Ini adalah contoh pocket pant dan insert...

pic credit to umidanishku.blogspot

Yang berwarna oren itu adalah pocket pant (tak pun org panggil CD/ poket CD jugak) dan yg berwarna putih itulah insert.

Ini adalah pocket diaper pandangan sebelah dalam...


Beberapa istilah berkaitan pocket CD...

Inner layer: Lapisan sebelah dalam CD yg bersentuhan dgn kulit bayi, biasanya berwarna putih daripada material microfleece atau microsuede/ suede cloth (yg membuatkan kulit bayi sentiasa kering dan selesa).

Outer layer: Lapisan sebelah luar CD (yg berwarna/ bercorak), daripada material PUL (polyurethane laminate) yg nipis, lembut tetapi tahan lasak dan kalis air (utk menghalang kebocoran). Material PUL adalah bersifat 'breathable', dgn itu kulit bayi boleh bernafas!!

contoh material PUL (yg berwarna hijau itu, pandangan sebelah dlm CD)

Pocket opening: Tempat memasukkan insert.

Closure: Pelarasan pinggang, sama ada button/ velcro.

Insert itu adalah seperti tuala, tetapi dibuat daripada material yg sgt menyerap (sememangnya utk menyerap basahan dari baby). Biasanya dibuat daripada microfiber, hemp, cotton dan bamboo, tetapi yg banyak digunakan adalah microfiber.

Ada juga yg saya jumpa ibu2 yg menggunakan tuala yg dijahit kemas sebagai insert. Dan ada juga yg melipat kain lampin yg 4 segi tu utk dijadikan insert.

Insert hemp dan bamboo ada dijual di beberapa online store Malaysia. Harganya mmg lebih mahal daripada insert microfiber.

Utk maklumat lanjut tentang insert, boleh lihat di Jenis dan design insert (di Info CD). Dan utk cara pakai pocket CD, juga boleh lihat di Info CD.


Cloth diaper/ lampin kain di media

Setakat ni rasanya Lunatots dan Wuddah je la yg pernah keluar (ke masuk?) media...

Lunatots di Wanita Hari Ini, TV3 (Ogos 2009)

Lunatots (Lampin Kain Moden) di Berita Minggu 20 Jun 2009

Lunatots di Majalah Pa & Ma (byk kali dah)


Lampin kain Wuddah di akhbar KOSMO 8 Oktober 2009

Wuddah (Lampin Jimat) di Berita Harian 8 Disember 2009 (dah tak dpt dikesan drp link asal)

Wuddah (Lampin kain lebih selesa) di Utusan Malaysia, 23 September 2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0923&pg=ke_03.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&y=2010

p/s: Kalau ada nanti saya tambah lagi..

Tuesday, January 12, 2010

Tak tahu nak beli yg mana?

Ramai yg tanya/ minta cadangan dari saya, nak beli yg mana?

Jika anda baru nak mencuba cloth diaper/ baru nak berCD, yg penting berapa budget anda utk permulaan? Atau berapa yg anda nak beli?

Juga, satu hal yg penting, berapa umur n berat baby? Ataupun 'pampers' pakai size apa?

Secara umumnya, utk newbies (yg baru nak cuba cloth diaper), mmg saya cadangkan Coolababy... Sama ada Coolababy pocket button atau velcro.

Yg ke-2, saya cadangkan CD minky (cloth diaper yg lapisan luarnya daripada fabrik minky), sama ada QQbaby minky ataupun Sunny Baby Minky.

CD minky menjadi pilihan ramai dan mendapat permintaan yg tinggi kerana lapisan luarnya (minky) begitu cantik dan lembut seperti baldu. Juga kerana kualitinya yg cukup bagus dgn harga yg sangat 'reasonable' (mampu milik).

Untuk newborn/ baby yg masih kecil, saya cadangkan Rainbow BB dan Babyland printed. Ataupun kalau nak coolababy, amik yg velcro.

Rainbow BB dicadangkan utk newborn atau bayi yg masih kecil kerana mempunyai cutting (potongan) yg paling kecil antara semua CD. Jadi sesuai la, tak nampak besar/ bulky dengan baby yg masih kecil.

Babyland printed dgn setting saiz yg paling kecil (S) juga sesuai utk newborn. Lagipun closurenya boleh bertindan utk pelarasan pinggang, so sesuai utk baby yg masih kecil.

Bagi saya, Babyland printed juga ok, so far mmg ok dgn anak saya. Mmg lebih fit utk baby yg bertubuh kecil (lilitan perut n paha yg tak begitu besar)... Tapi kalau baby jenis chubby pun ok jer..

Rasanya kebanyakan CD mmg lebih fit utk baby yg bertubuh chubby drp yg kecil molek ni.. Jadi, kalau anak anda dlm kategori chubby, jgn risau.. Insya-Allah boleh fit elok SELAGI berat tak melebihi 13kg.

Coolababy velcro pula boleh bertindan dia punya velcro tape tu utk pelarasan pinggang (so sesuai la jika baby masih kecil). Mmg Coolababy dia cakap utk baby 3 kg ke atas (3-13kg), tp saya rasa lebih sesuai utk baby yg dah 5 kg ataupun dah 2 bln lebih...

Begitu juga dgn Coolababy AIO, saya rasa lebih sesuai utk baby yg dah 3 bulan ke atas (sbb closure snap button).

(Nota: Utk lihat perbezaan saiz antara Rainbow, Babyland printed dan Coolababy, boleh tgk di galeri CD di side bar belah kanan).

Semua CD yg dijual di sini adalah one size pocket diaper (size S, M, L dlm satu) cuma cutting sedikit berbeza setiap satunya.

Dyana CD (kini DyanaMP) mempunyai 4 setting saiz (S-XL), utk baby 3-18 kg. Sangat dicadangkan utk baby yg berbadan besar ataupun yg dah 7kg ke atas. Kurang sesuai utk newborn.

Jika anda minta cadangan saya nak beli snap button/ velcro, saya mmg cadangkan anda cuba kedua-duanya (button dan velcro). Sila baca lebih lanjut (snap button vs velcro di Info CD). Sama ada nak beli lebih byk button atau velcro tu terpulanglah kpd anda...

Kalau baby masih kecil mungkin velcro lebih ok sebab senang nak fit-kan dekat pinggangnya (kecuali Rainbow button yg mmg bersaiz lebih kecil) dan utk baby yg dah besar sikit/ toddler saya cadangkan snap button, sebab budak2 boleh buka CD velcro. Utk baby yg tak duk diam/ susah nak pakaikan diaper ni, beli la yg velcro.

KINI terdapat beberapa pakej percubaan di sini utk anda pilih. Ini memudahkan anda memilih pakej yg sesuai dgn budget anda. Selamat memilih!

p/s: Saya hanya boleh bagi cadangan, anda yg menentukan....