Saturday, April 14, 2012

Lama tak update!


Maaf kerana begitu lama tak update blog nie.. saya masih menggunakan CD utk anak & masih lagi menjual CD.

Insya Allah lepas ni saya akan spend masa utk update blog nie.. :)

Kalau ada nak tanya pasal CD ataupun nak beli CD, boleh add saya di Facebook;

http://www.facebook.com/kaklong.nuzula

Terima kasih kerana terus memberikan sokongan pada saya..

Saturday, December 31, 2011

Blog jualan

Dipersilakan utk ke blogshop baru saya, khas utk jualan dan promosi CD.

QT Alami Shop

http://qt-alami.blogspot.com/

Justeru, blog ini hanya utk info CD dan segala yg berkaitan dgn CD sahaja.. harap maklum.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan/ pertanyaan juga bolehlah hubungi saya melalui email/ msg dalam Facebook. Insya-Allah saya akan balas secepat mungkin.

h/p: 019-9435405
email: miss_nuzula@yahoo.com
YM: miss_nuzula
Facebook: Kaklong Nuzula

p/s: Saya meletakkan diri saya sebagai ibu dan pengguna seperti anda.. dan sebagai pengguna saya juga amat mengambil kira setiap ringgit dan sen yg nak dilaburkan... :)

Friday, December 30, 2011

Perhatian!!!

Untuk makluman anda, hampir semua entry di dlm blog ini adalah tulisan saya sendiri, yg ditulis hasil pembacaan, pengamatan, penelitian dan juga research dlm masa berbulan-bulan dari sebelum saya menggunakan CD lagi sehinggalah skg.

Mmg saya mahu berkongsi maklumat ttg CD di sini, TETAPI bukan bermakna anda boleh ambil tulisan saya semudah copy n paste. Sila hormati hak milik dan hak cipta org lain.. dan kepada anda yg mahu berkongsi pendapat/ pengalaman, anda adalah dialu-alukan utk meninggalkan komen. Terima kasih.

Kepada newbies sila baca (di Info CD):

- Cloth diaper
- Beberapa term/ istilah
- Tips beli CD
- Pocket diaper (termasuk cara pakai pocket CD)
- Snap button vs velcro (perbezaan antara snap button dan velcro)
- Panduan penggunaan dan cara basuh

Thursday, December 29, 2011

Mari bertukar kepada cloth diaper!!

Kepada ibu-ibu yg baru tahu kewujudan cloth diaper - lampin kain moden ni, atau belum pernah tengok mcmana rupa cloth diaper ni... dan tak dapat gambarkan mcmana rupa CD ni, apa yg boleh saya katakan;

Cloth diaper/ lampin kain moden ni sama jer mcm 'pampers', cuma daripada kain (dgn material yg sgt bagus), boleh dibasuh dan dipakai semula berulang kali... Itu saja, tapi kebaikannya sgt banyak berbanding 'pampers'/ lampin pakai buang.........

"THE BEST OF PARENTING IS NATURAL PARENTING AND CLOTH DIAPERING IS ONE OF THE NATURAL PARENTING......."

SO, LET'S CHANGE TO CLOTH AND HAPPY CLOTH DIAPERING, MOMMIES!!!!

Saturday, March 26, 2011

Bamboolite AI2


Coolababy coloured button


Itti Bitti Limited Edition

untuk cuci mata sahaja..



Di Pasaran: Lunatots V2


Warna butang/ velcro yg sama dgn inner microfleece.

Jenis pocket dan AIO.

Terdapat juga Lunatots printed.


Di Pasaran: BumGenius Artist Series



Friday, March 25, 2011

GroVia AIO


Thursday, March 24, 2011

Stripwashing cloth diaper

Copy dan edit dari blog saya, http://kaklongnuzula.blogspot.com/2010/08/stripping-cloth-diapers.html

(Artikel asal bertarikh 29 Ogos 2010. Sila rujuk link asal utk rujukan2 lain berkenaan stripwash cloth diaper).


Secara umumnya stripwashing (juga dipanggil stripping) cloth diaper (CD) adalah proses mencuci CD daripada kotoran halus/ bendasing seperti mendapan sabun (build-up detergent) yg terbentuk atau terbina di dalam material/ fabrik CD dan insert/ soaker selama kita menggunakan CD itu (pakai-basuh-pakai-basuh yg berulang kali).

Mungkin juga terdapat 'build-up residue' yg lain seperti kesan nappy cream atau fabric softener (kalau ada ter-guna), ataupun kesan softener yg lekat pd mesin basuh (yg kita guna ketika basuh baju lain).. Ini pun blh berikan kesan pada CD kita.

Selain itu, mungkin terdapat kesan minyak daripada poop baby. Ya, bhn buangan bayi juga mengandungi unsur minyak yg akan termendap atau membentuk mendapan di dalam fabrik CD, terutama di lapisan inner CD (seperti fleece dan suede). Mungkin juga 'lemak susu' yg terdapat dlm bhn buangan bayi yg membentuk build-up residue pada CD (sekadar andaian saya) :)

Mendapan halus/ build-up residue/ build-up detergent itu terbentuk di celah2 liang fabrik dan menghalang CD menyerap basahan dgn sempurna.

Justeru, stripping adalah proses utk menanggalkan mendapan halus itu agar CD kembali menyerap dgn baik...

Bila perlu lakukan stripping?

1. Apabila CD mula bocor/ tidak dapat menyerap dgn baik/ kelihatan kalis air bila dialirkan air ke atas lapisan inner (air bergerak ke tepi CD).

2. CD kelihatan tidak bersih, innernya tidak lagi putih dan mungkin berbau manakala insert pula menjadi keras dan tidak lagi putih bersih dan lembut gebu.

3. Sudah lama/ tidak pernah lakukan stripping. FYI, stripping perlu dilakukan beberapa bulan sekali bergantung pada kelasakan penggunaan CD tersebut, yakni bergantung pada rotation CD. Kalau jarang2 sekali guna CD tu, mungkin 4-5 bulan sekali baru buat. Kalau ada dlm 20 pcs CD rasanya dlm 2 bulan sekali boleh buat stripping. Paling kerap pun rasanya sebulan sekali dan sebenarnya tidak perlu dilakukan terlalu kerap kerana tidak bagus utk jangka hayat CD kita.

Cara stripping?

Terpulang kepada keselesaan (dan kerajinan) anda serta tahap 'ke-teruk-an' CD anda.. huhu.. Agen2 yg biasa digunakan utk stripping CD adalah seperti:

- air panas/ air suam

- cecair pencuci pinggan yg handal menanggalkan minyak (seperti sunlight)


- soda bikarbonat

- cuka (distilled vinegar/ distilled white vinegar).

Di Barat, org2 putih sudah lama menggunakan soda bikarbonat dan distilled white vinegar utk mencuci pakaian dan peralatan rumah. Bahan2 itu digunakan sbg langkah penjimatan, lebih natural, selamat dan mesra alam.

Utk CD, soda bikarbonat dapat memutih dan menggebukan kembali CD (khususnya insert). Cuka juga berfungsi utk memutih, melembut dan menghilangkan bau tidak enak pada CD. Selain itu, cuka juga berfungsi utk meneutralkan kembali CD slps dibasuh dgn soda bikarbonat.

Selain itu, utk stripwash CD ada juga org kita yg menggunakan limau nipis. Perah pada inner CD dan insert, biarkan sebentar sblm bilas.

Ada juga yg merebus insert. Bagi saya cukuplah dgn merendam insert dlm air panas (dlm baldi). Insert microfiber biasa/ hemp dan bamboo takde masalah kalau nak rebus/ rendam dlm air panas. Jgn rebus soaker yg ada lapisan PUL dan elastik sudah la, mcm soaker grovia.

Jika kotoran degil, ada juga yg menyarankan guna vanish. Apapun CLOROX adalah pilihan terakhir yer...

PENTING!! Apapun cara stripwash CD anda, air panas dan cuka jgn bagi kena material PUL kerana boleh merosakkannya.. Rasanya cuka dlm air yg byk takde masalah.. Jgn cuka semata2 kena PUL dah la...

Insya-Allah ada masa nanti sy sambung lg.. Kalau nak rujuk artikel ttg stripwashing CD sila ke link asal, tulisan di personal blog saya tu..

Wednesday, December 29, 2010

Pendaftaran perniagaan

Alhamdulillah, setelah setahun beroperasi secara online dan offline, kini perniagaan saya telah pun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama QT Alami Enterprise (001997154-V).

Ini menunjukkan saya serius dalam menyokong dan mempromosikan asuhan alami/ keibubapaan alami (natural parenting) khususnya pemakaian lampin kain moden di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Saya juga menyokong penuh 'green living' dan kehidupan yg lebih 'natural'!!

Sehubungan dgn itu, saya akan beroperasi di satu blog lain dan blog ini hanya untuk info CD sahaja (taknak campur). URL blog baru akan dimaklumkan kemudian..

Sekian. Terima kasih atas sokongan semua!!

(dicatat pada 12 Disember 2010)


Thursday, December 9, 2010

Prewash cloth diaper

Semua cloth diaper baru (apapun jenis dan materialnya) perlu dilakukan prewash sebelum digunakan (dipakaikan) pada bayi anda.

Terlebih dahulu:

1. Kenali material CD anda.
2. Baca instruction daripada pihak pengeluar/ penjual.

Apa itu prewash?

Prewash adalah pra-basuhan cloth diaper yg baru sblm cloth diaper itu digunakan. Ini bermakna CD yg baru dibeli perlu diprewash terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

Tujuan prewash?

1. Tujuan pembersihan: untuk membersihkan CD daripada sisa2 pembuatan fabrik dan juga ketika proses pengilangan CD itu. CD dibuat daripada material baru, jadi rasionalnya mmg perlu dibasuh dahulu sblm digunakan.

2. Tujuan penyerapan: bagi membolehkan CD anda menyerap dengan lebih baik. Semakin kerap CD dibasuh, semakin bagus kadar serapannya.

3. Supaya mendapat bentuk dan saiz sebenar CD itu (to fit-snugly on baby). Utk itu CD perlu dibasuh dan dikeringkan beberapa kali (bagi sesetengah material, mgkin ada material yg mengecut (shrink) atau mengembang?). Biasanya pihak pengeluar telah mengambil kira hal ini semasa proses pembuatan CD :)

Berapa kali prewash?

Utk CD biasa (kebanyakan CD di pasaran) perlu diprewash 2 hingga 3 kali. Bagi saya, minimum adalah 3 kali prewash. Bagi CD/ insert bamboo/ insert hemp perlu diprewash 6-8 kali utk mendapatkan kadar serapan yg optimum. Begitu juga dgn material organic cotton (seperti soaker grobaby/ grovia) minimum 6 kali prewash.

Bagaimana yg dikatakan prewash?

Basuh, jemur (hingga kering) dan basuh semula. Ulang sebanyak 3x (atau sehingga serapan ok).

Caranya?

Utk prewash boleh basuh tangan (hand wash) atau pakai mesin basuh. Utk basuhan pertama boleh gunakan sedikit sabun dan utk basuhan kedua dan ketiga boleh basuh tanpa sabun. Utk prewash kali pertama boleh juga gunakan air panas (suam).

Cadangan prewash?

Cara saya: Utk CD baru saya just celup2 air atau lalukan bwh air paip. Then, perah dgn lembut dan jemur. Boleh juga spin dgn mesin basuh sebelum jemur (mesti letak dlm laundy net).

TIPS: Boleh tumpang spin dgn CD lain yg dibasuh, ketika spin yg terakhir.. huhuhu..

Adakah semua bahagian CD (insert/ soaker/ shell/ cover/ pocket pant) perlu diprewash?

Ya, terutamanya insert/ soaker perlu diprewash utk meningkatkan kadar serapan. Sebaik-baiknya prewash insert/ soaker mengikut jenis material atau mengikut aturan/ cadangan pihak pengeluar.

Shell/ cover CD (utk jenis AI2) boleh diprewash 2 kali sahaja. Pocket pant dicadangkan 3 kali prewash (supaya inner dpt menyerap basahan dgn baik).

Untuk hemp dan bamboo (dan mungkin material organik yg lain spt organic cotton)

Sila prewash hemp dan bamboo berasingan daripada CD lain. Ini bermakna asingkan CD/ insert dari material hemp dan bamboo semasa prewash (jgn campur sekali). Utk hemp dan bamboo digalakkan prewash dgn air panas, mungkin prewash dgn air panas 2-3 kali dan dgn air paip biasa selebihnya (minimum 6-8 kali prewash). Material hemp (dan bamboo pun rasanya) mempunyai 'natural oil', jadi perlu diprewash berasingan dan dgn air panas utk buang lapisan oil itu. Jika tidak ia tidak dpt menyerap dgn baik (kalis air).

Ini dari Sentuhan Bayu,

HOW TO PRE WASH YOUR CLOTH DIAPER - MALAYSIAN WAY

(http://www.sentuhanbayu.com/2010/01/how-to-pre-wash-your-new-cloth-diaper.html)

1. Put inserts into smaller laundry bag & diaper cover in bigger laundry bag.
2. Throw it into washing machine.
3. Pour in the CD friendly detergent (1/4 cup per wash load) i.e PUREEN H.A.D.
4. Select NORMAL Cycle Program.
5. Once completed, line dry both inserts & diaper cover.
6. Repeat the process for 3 times.

Then, it is ready to put on your baby.

Bagaimana pula dgn CD preloved?

CD preloved tidak perlu diprewash (boleh terus digunakan jika disimpan dalam keadaan yg baik dan tidak terlalu lama tersimpan). Kalau nak basuh jugak, cukup la sekali. Itulah kelebihan CD preloved :)

Friday, October 29, 2010

Melampinkan bayi baru lahir

(pic googled)

Ramai juga yg meminta pendapat dan cadangan bagaimana utk 'melampinkan' bayi yg baru lahir. Cloth diaper apakah yg paling sesuai?

Sebenarnya terdapat byk cara/ sistem lampin yg boleh digunakan utk melampinkan bayi newborn.

Saya juga pernah menulis ttg tips utk newborn di sini,

http://happy-clothdiapering.blogspot.com/2010/02/tips-untuk-newborn.html

Di sini sekali lagi saya sertakan beberapa links utk rujukan anda (dan saya sendiri).

http://farrahim.blogspot.com/2009/12/cloth-diapering-newborn-week-1-4.html (contoh beberapa jenis/ brand CD yg digunakan beliau).

Beberapa masalah dlm cloth diapering a newborn yg ditulis oleh Farhana,

http://clothdiapermalaysia.com/2010/02/my-10-problems-in-cloth-diapering-a-newborn/

telah dijawab oleh mummy's reviews di sini

http://www.mummysreviews.com/2010/02/11/successfully-cloth-diapering-a-newborn/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MummysReviews+%28Mummy%27s+Reviews%29

Lain2 artikel di Cloth Diaper Malaysia (ditulis oleh Farhana),

http://clothdiapermalaysia.com/2010/07/cloth-diapering-a-newborn-examples-with-many-brands/

http://clothdiapermalaysia.com/2010/01/cara-mudah-murah-untuk-cloth-diaper-bayi-baru-lahir-newborn-babies/

http://clothdiapermalaysia.com/2009/12/di-mana-boleh-beli-cloth-diaper-prefolds-di-malaysia/

http://clothdiapermalaysia.com/2009/12/5-ways-to-fold-use-prefoldsflat-diapers/
(ada video cara lipat n cara guna)

Dan ini cara Farhana

http://clothdiapermalaysia.com/2010/03/how-to-cloth-diaper-better-using-flat-diapers-kain-lampin/

Bagi saya, terdapat beberapa pilihan cara atau sistem utk melampinkan bayi yg baru lahir. Kita boleh menggunakan:

1. Cawat baby mcm zaman dulu2, tp takla dulu sgt sbb sy menggunakan cara ini utk anak pertama saya 6 thn yg lalu. Skg pun mungkin ada lagi org guna dekat kampung2. Proud to say that my mom jahit sendiri cawat (dan juga barut perut) utk anak2nya dan utk anak pertama saya dulu. Penggunaan cawat mmg ok utk baby, nipis je - mmg tak bulky (bg yg risau baby jadi kangkang). Cawat baby ni jgk sgt breathable dan rasanya baby begitu selesa (tak panas/ rimas). Cuma jenis ini tak waterproof la. Sekali baby kencing abis basah semua.. Selalunya cawat ni dipakai dlm 30-40 hari pertama je.

2. Kain lampin flat (empat segi tu) dgn cara lipatan yg sesuai dan digunakan dgn snappy (dulu org pakai dgn pin lampin). Sy ada jumpa jenis snappy (yg 3 penjuru tu) dijual di supermarket, tp bukan brand Snappi la. Ataupun taknak guna snappy pun takpe, ikat je hujung ke hujung lampin tu. Utk sistem ini boleh pakai lampin begitu saja atau dipakai bersama diaper cover yg sesuai.

3. Lampin jenis prefold (dipakai dgn snappy). Boleh dipakai begitus sahaja atau bersama diaper cover. Lampin jenis prefold ini terdapat yg bleached dan unbleached. Utk mengetahui perbezaannya sila google yer. Terdapat juga jenis chinese prefold dan indian prefold. Bagi lampin jenis ini perlu mengetahui cara lipat dan cara utk pakaikan pada bayi.

4. Lampin jenis contour. Pada saya lampin ini tidak jauh bezanya dgn cawat bagi org Melayu cuma mendapat sentuhan moden dan dibuat drp fabrik yg lebih bagus serapannya. Kalau cawat dibuat daripada kain cotton biasa (1 lapis je) dan berbentuk segitiga. Tu je beza. Nama contour pun bunyinya lebih moden dan lebih mengikut bentuk badan baby.

5. Lampin jenis fitted/ fitted CD. Lampin ini sama seperti contour cuma berelastik di bahagian paha dan belakang. Lampin fitted ini tidak mempunyai lapisan waterproof di luarnya. Justeru, ia begitu breathable (kulit bayi boleh 'bernafas'). Material yg digunakan utk lampin ini juga ada pelbagai seperti bamboo, bamboo velour, cotton flannel, sherpa dsb. Bagi saya, lampin jenis fitted adalah pilihan yg sgt baik utk newborn, cuma sukar didapati di Malaysia dan juga harganya yg mahal. Contoh: Kissaluvs fitted (saiz 0 utk newborn), Thirsties Fab Fitted (saiz X-Small utk newborn).

6. Pocket diaper, sama ada one size pocket diaper atau yg bersaiz S khusus utk newborn (jika sized CD). Utk mendapatkan CD one size yg paling sesuai ('ngam ngam') utk newborn adalah agak sukar. Paling ok pun rasanya Rumparooz dan Rainbow BB (kerana saiz yg kecil antara byk2 CD). Manakala contoh pocket diaper yg khusus utk newborn adalah seperti Lunatots S size (boleh didapati drp outlet Lunatots).

7. Lampin jenis AIO (all-in-one). Contoh: Muttaqin Baby AIO, Lil' Joey - adik Rumparooz (by Kanga Care) dan Itti Bitti d'lish AIO (small).

8. Lampin jenis AI2 (all-in-two). Contoh: Grobaby/ Grovia dan Itti Bitti d'lish SIO (small). Mungkin juga terdapat brand lain lagi (tak dapat dipastikan). Apa lagi yer brand AI2 lain yg sesuai utk newborn?

9. Sistem Flip dan Econobum (from maker of bumGenius). Kedua-dua sistem ini adalah one size (covernya one size) dan insert (soakernya) pun boleh laras. Mungkin juga sesuai utk newborn. Katanya dari berat 7 lbs (3.18kg). Flip adalah sistem insert (stay dry insert) dengan diaper cover dan Econobum pula sistem lampin prefold yg dilipat dan digunakan bersama diaper cover. Ada sesiapa yg dah guna utk newborn?

10. Custom made CD khas utk newborn. Yang ini boleh tempah khusus dgn mereka yg pandai jahit CD seperti Lisa Gan (jenama Bling Bumz) dan Lynn Nasir. Boleh pilih nak material apa, jenis mcmana dan saiz yg paling kecil pun mgkin boleh (utk premature bayi). Boleh juga tempah daripada Ridzs Collection.

11. Terdapat juga jenis lampin atau CD yg dinamakan pre-fitted dan juga converted prefold. Nak tahu lebih lanjut sila google.

Pada saya, apapun sistem lampin yg kita guna, yg penting lampin tu jgn 'mengenai' pusat bayi baru lahir dan digalakkan guna flushable/ biodegradable nappy liner. Pilihlah sistem lampin yg sesuai dgn budget anda dan mudah utk diuruskan ketika dalam pantang.

Lain2 ttg cloth diapering a newborn boleh tgk di sini:

Disana Organic Cotton Diaper-Wrap (Knitted Tie-Nappy) - lampin jenis tie-nappy
http://www.tinybirdsorganics.com/organiccotton/tie_nappy.html

http://clothdiaperoutlet.blogspot.com/search/label/newborn%20cloth%20diapering (byk contoh cloth diaper yg digunakan beserta review)

http://www.monkeytoediapers.com/info.html

http://www.clothdiaperfamily.com/cloth-diaper-stash/newborn-cloth-diaper-stash/

Kesimpulannya, dengan lampin kain kita mempunyai banyak sekali pilihan utk melampinkan anak dan ini seharusnya menjadi suatu yg amat menyeronokkan... Inilah kelebihan lampin kain - tidak seperti lampin pakai buang!!! hehehe..

Komen dan pendapat adalah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

p/s: Fuh, lama jugak amik masa nak buat entry ni. Ada masa nanti sy tempek gambar2 CD utk newborn. Tengah kumpul ni.

p/s: Saya pun takde pengalaman menggunakan lampin kain moden utk newborn, sbbnya start pakai CD dekat Auliya pun masa dia dah 6 bulan. Insya-Allah next baby mgkin boleh praktikkan semua/ mana2 yg sesuai..

Tuesday, September 28, 2010

Coolababy printed - baru di pasaran!

Buat julung2 kalinya Coolababy muncul dengan CD printed, dengan 6 corak menawan!

snap button dan velcro



- Cutting/ saiz sama seperti CD Coolababy biasa
- inner microfleece (sama seperti Coolababy sblm ni)
- 1 CD dgn 2 insert microfiber yg lebih tebal
- Setiap CD didatangkan dgn 1 bag PVC (bkn mcm Coola biasa, 2 pcs dlm 1 bag)

Saturday, September 25, 2010

Babyland printed


- Juga one size pocket diaper (S, M, L) , dgn closure snap button (buttonnya boleh bertindih utk baby yg masih kecil).

Saiz yg paling kecil (S) dan saiz yg paling besar (L)

(pic credit to Fraase Family blog)

- Outer layer adalah PUL (kalis air) dan innernya juga adalah microfleece (sama seperti Coolababy).
- Cuttingnya kecil sedikit drpd Coolababy.
- Dari segi material hampir sama la dgn Coolababy, kecuali design di bhg pocket opening sedikit berbeza.
- CD printed (bercorak) yg paling murah di pasaran!!

Thursday, September 23, 2010

Rainbow BB Bamboo details

Rainbow BB pocket diapers are well known for being very easy to use. They typically go on as easy as a disposable diaper. Because the insert is removed, the insert and diaper get very clean in the wash.

They can be super trim during the day, allowing you to put that cute pair of jeans on your baby. They can also be super thick at night when you need the extra protection. And very save money because you can adjust size as you want.

Bright color could bring happy and harmonious feeling to baby: Science proves that bright color is good to baby on environmental cognition.



Features:

Unique design of adjustable snap button, easy to adjust different size for baby, fit baby weight from 7 to 30 lbs
Soft inner bamboo fibers to make baby feel good .
Waterproof of outer PUL to prevent leakage.
Your baby will feel free to learn to crawl and walk in this non-bulky cloth nappy.
The adjustable snap settings grow with your baby and enable you to adjust for your baby’s waist and leg sizes

Construction and basic instructions :

Outer Layer: The outside (fabric) in the form of high tensile and flexible, soft and can be washed many times does not deformation,Made of 100% Polyester, Our PUL waterproof outer barrier is made well and is extremely durable. This more protection for your baby, the bed and linens from leakage. This also helps make the diaper more resilient for those babies that are on the move, Don't need a separate cover, Do not wash in hot water,

Inner Layer : 85% bamboo fibers and 15% Polyester which allows moisture to pass through and be absorbed into the diaper and continues to feel dry on its surface, makes for easier cleanup as poop doesn't stick as well to fleece! and helps prevent diaper rash. bamboo fibers have the natural qualities that repels and eliminate most forms of antibacterial.

Insert– 3 layers Polyester micro terry cloth. These are really soft and absorbent. The feel reminds you of a soft stuffed toy. Just used by themselves, these are nice and cozy to the touch. These are super soft. We love them as wipe off clothes and will really soak up the moisture.

Pocket Opening– This is the gem of this product. The pocket-style opening enables customization to suit your baby's needs. You can stuff the pocket with the included micro terry insert for maximum absorbency. You can also add additional inserts for the heavier wetter.
How to adjust the diapers to fit your baby.
There are 4 lines of buttons. The second line adjusts to the third line of buttons. This will make the size medium. The second line adjusts to the bottom line of buttons will make the size small

Wash Instruction:
Before Use : should be washed and dried prior to use, to remove any fabric manufacturing residue.
Wash diapers in cold water
Our diapers are single use diapers. Wash the diaper and the insert after each use.
When wet, separate insert and Sweet Doll Baby Diapers and store in a dry diaper pail.
If soiled, simply knock solids into toilet. Small solids stuck to the fleece will dissolve in the wash.
Modern fabrics which are fully machine washable
Extremely quick to dry naturally

Care:
Usually no soaking is required, line drying in the sun will remove most stains
Cold water Wash
Do Not dry clean
Do Not Iron
No bleach,vinegar or Borax
Do Not heat tumble dried

(dicatat pada 3.10.10)