1. CD mahal
Ya, mungkin kali pertama anda mendengar harganya anda akan katakan mahal, tp anda harus pertimbangkan material yg digunakan utk membuat CD moden ini (PUL, fleece, microfiber utk insert dll) ~utk menjadikan CD berkuasa menyerap dan lebih praktikal.
Pertimbangkan juga penggunaan CD berbanding DD, ia adalah jauh lebih jimat, kerana kos CD adalah one-off expenses, anda hanya perlu mengeluarkan sekali sahaja belanja dgn memperuntukkan kurang RM1000 sepanjang anak anda berlampin (berbanding lebih RM3000 utk DD) dan CD boleh disimpan utk anak2 yg seterusnya. Sangat jimat bukan???
Tambahan pula sekarang terdapat banyak jenama CD yg lebih affordable di pasaran, seperti Coolababy dgn harga yg sgt berpatutan..........
Nota: Dalam membeli sesuatu itu, kita bkn sahaja bayar utk sesuatu itu, tetapi kita juga membayar utk usaha menciptanya dan ciptaan itu sendiri, dan mungkin juga kita harus bayar utk jenama dan kualitinya...
2. CD susah nak basuh
Anda hanya perlu bilas sedikit saja CD yg telah digunakan dan boleh basuh dgn mesin basuh 2-3 hari sekali. Ya, 2-3 hari sekali basuh dengan mesin basuh, bukan hari-hari (dgn syarat anda ada 15-20 CDs).. Jadi tak susah bukan? (Lagipun apa sangat la sedikit 'kesukaran' berbanding kebaikan yg tak terkira byknya kpd baby dan alam sekitar!!)
3. CD bocor
Jika dipakai dgn betul CD tidak akan bocor (dari pengalaman saya sendiri dan ramai orang). Tentu ada sebab CD anda bocor. Rujuk Kenapa CD bocor dan cara mengatasinya.
4. CD bulky
Ya, mungkin CD sedikit bulky tapi takdelah sampai besar dan tebal sgt sampai baby jalan terkangkang (hihi). Lampin zaman dulu pun tebal jugak. Juga pertimbangkan bahawa CD tidak mengandungi bahan kimia/ gel penyerap berbahaya seperti lampin pakai buang!!!
5. CD bertahi lalat jika direndam lama
Material CD susah bertahi lalat (CD mmg tak perlu direndam, jadi kenapa nak rendam???). Sekiranya anak on medication, CD akan sedikit kehitaman. Walau bagaimanapun, ia akan hilang selepas beberapa basuhan.
6. CD berbau (hancing)
Oh tidak... CD yg dibasuh adalah tidak berbau apa-apa.... Walaupun tidak menggunakan sabun yg banyak utk membasuh CD, namun CD tetap bersih dan tiada bau kencing/ najis selepas basuhan. Tak percaya? Sila percaya!!!
7. Kesan najis susah nak hilang
Jangan risau, kesan najis mudah saja hilang. Material fleece pada inner layer mudah saja utk menanggalkan kesan najis. Ataupun anda boleh jemur CD anda di bawah cahaya matahari dan kesan itu pasti akan hilang!! Tak percaya juga?? Sila percaya...........
~Kaklong nuzula~
Last updated 16 Disember 2009.
2 comments:
salam..
ehm, saya nak tanya..
cd2 yang saya dh basuh mmg tak berbau hancing..
tapi bila pakai pada anak, dia dh stat kencing dlm 2 jam ke, mesti cd tu berbau.. ehm, sepatutnya tak bau ke?
kenapa blh berbau ye?
W'salam. CD berbau bila anak kencing tu mungkin disebabkan build-up detergent, iaitu mendapan sabun yg terbentuk dlm fabrik CD tu, yg kemudian bertindak balas dgn air kencing... Ataupun mungkin jugak sbb pemakanan/ susu baby... Cuba buat stripwashing..
Post a Comment