Wednesday, January 27, 2010

Kelebihan memakai CD (yang lain)



Ni ada beberapa lagi kelebihan memakai cloth diapers/ lampin kain....


1. Tidak perlu membeli DD/ pampers / lampin pakai buang yg byk lagi setiap bulan. Tidak perlu sentiasa cek stok 'pampers'.. (eh, pampers dah nak abis ni... kena beli) dan tak perlu risau kehabisan 'pampers' di tgh malam.

2. Tidak perlu berkejar membeli 'pampers' di mana2 pasaraya yg ada SALE/ OFFER/ PROMOSI lagi... Juga tak perlu mengangkut 2-3 pek sekali beli (berat, nak beli brg lain lagi)... Dan tak perlu tercari-cari pasaraya mana yg ada sale pampers utk bulan ini (huhu)... Psstt... kalau pakai CD dah boleh cut down budget utk pampers ;)

3. Tak perlu buang sampah yang banyak lagi setiap hari, tambah2 lagi kalau duk rumah tinggi (huhu)... Mmg benar 50% drp sampah sesebuah rumah yg ada anak kecil adalah 'pampers'. Saya juga sudah merasai 'kelebihan' ini...Ya, tidak perlu lagi buang sampah yg banyak dan berat (pampers terpakai adalah berat ok?)... Tak perlu sentiasa ingatkan suami utk buang sampah (pampers), sbb kalau lambat buang mmg semerbak baunya.

4. Tak rasa rugi... hehe.. Contohnya, elok je tukar pampers yg baru, baby pun membuang (lagi) tentu akan rasa huh, ruginya... Tambah2 lagi kalau pampers yg mahal. Rasa sgt buang duit.. Tapi kalau pakai CD, tak terasa rugi sebab boleh basuh.. :)

5. Dapat pantau sistem perkumuhan bayi. Do you get what i mean?? Hehe... Maknanya dpt tahu anak kita kencing byk mana, brp kerap... Dan ini adalah kelangsungan drp dia minum susu yg cukup atau tidak, terutamanya bg ibu yg direct BF baby mereka (mcm saya). Biasanya dlm 3-4 jam tu CD akan penuh dan perlu ditukar, jadi itu bermakna anak saya kencing 2-3 kali = Ya, dia mendapat cecair/ susu yg cukup!!! Dan saya akan sedikit gusar jika lampin anak saya masih kering selepas 4-5 jam dipakai.

UPDATE on 22.2.10: Dari apa yg saya baca, mmg doktor mencadangkan pemakaian lampin kain utk mengetahui anak kita mendapat cukup cecair atau tidak melalui tahap kebasahan anak kita/ anak kita kencing byk mana. Caranya dgn kira berapa lampin yg basah/ penuh setiap hari!!!


An average newborn-6month: Baby wetting is 60-110ml during the day or at night.
Average 6month-1yrs: Baby wetting 110ml-140ml during the day and 143-182ml at night.
Average toddler wetting 130ml-160ml, during the day and 195-240ml at night.



6. Juga dapat pantau berapa kali dia 'membuang' dlm sehari (huhu). Mcm anak saya ni mmg sekali sehari dia poop (skg usianya 10 bulan). Kita akan lebih peka dia ber*k ke tidak hari ni, or dah berapa hari dia tak 'kareb', ataupun eh.. dah 3 kali budak ni membuang hari ni...??? Kalau pakai DD kan kita pakai dan buang, pakai dan buang, mmg LUPA dan TAK PERASAN semua tu.

7. Dgn itu anda juga dapat pantau KESIHATAN anak anda. Ini kerana bahan buangan / najis bayi menunjukkan dia sihat atau tidak.. sama ada BIASA, CAIR, KERAS (SEMBELIT), KEHIJAUAN, atapun ADA DARAH dan sebagainya.. (Eh, saya bukan nak buat anda geli tapi ni betul). Selalunya kalau baby demam, najisnya akan cair. Kalau hijau tu tandanya baby tak berapa sihat. Boleh baca lebih lanjut kat sini:

http://www.babycenter.com.my/malay/baby/najis-bayi/

http://xclusivelyxpressing.forumotion.com/t96-jenis-warna-najis-bayi

http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/04/kesihatan-bayi-melalui-warna-najis.html

8. Selain itu, kita juga akan lebih peka dgn pemakanan anak kita, apa yg dia sesuai/ tak sesuai makan. Anda juga boleh pantau apa yg anak anda makan di rumah pengasuh, apa yg mereka bagi anak anda makan. Kot depa bg anak anda makanan yg tak sesuai jika anak anda masih kecil. Cth: Boleh tahu tiba2 anak anda 'keciritan' jika makan satu2 makanan tu.

9. Ini juga satu lagi faedahnya... Masa membuang/ bilas CD yg terkena poop tu anda mungkin akan jumpa bendasing dlm bhn buangan anak anda... huhu.. Contohnya jika anak anda suka mengutip (dlm usia 6-9 bulan), dia mungkin akan 'makan' kertas, rambut, cebisan plastik dll... Ini adalah dari pengalaman saya sendiri... Lepas tu SERIK dan lebih berhati-hati... (Anak saya mmg kuat sungguh ngutip... Kita rasa lantai dah bersih tapi ada je benda yg dikutipnya).

10. Satu terapi. Ramai juga ibu-ibu yg mengatakan CD boleh jadi satu terapi minda, tatkala menyusun atur cloth diaper dan melihat warna & corak2nya yg cantik... Hilang rasa penat!!

11. Kita akan menjadi ibu yg lebih rajin (huhu) dan anak kita tidak akan lupa 'pengorbanan' kita membasuh lampinnya sebagaimana kita (saya!) tidak pernah lupa pengorbanan ibu dan bapa saya membasuh kain lampin kami adik-beradik semasa kami kecil dulu.

12. Rasa sayang yg mencurah2 kat anak tatkala membasuh, menjemur dan melipat kain lampinnya... Tak percaya, cubalah! (pernah terbaca ada juga ibu yg cakap mcm ni). Kalau pakai DD kan, rasa menyampah dgn bau busuk, cepat2 rasa nak humban sampah tu.

13. Jadi memang betul la mengarah kepada natural parenting, strong bonding between mom n baby!!

Akhir sekali...

14. Semoga apabila kita tua dan uzur nanti (dan kita pula perlu pakai pampers/ lampin?) anak kita tidak akan teragak-agak untuk membersihkan kita dgn penuh kasih sayang...............

Wallahu a'lam...

Sekian terima kasih.

p/s: Kalau ada sesiapa nak tambah silalah yer...

LAST UPDATE ON 22 APRIL 2012.


4 comments:

CikMin said...

betul tu dear...sayang cikmin pada faheem makin bertambah dari sehari ke sehari..tambah pulak bila tgk dia cute sgt bila pakai CD tu...errrrrmmmmm gerammmm...mcm baru2 ni bwk faheem jumpa paed..paed tu puji puji 'wow..specialnya pampers dia'mmg byk sgt kelebihan..ttg DD tu..mmg lega bila dah takde sampah DD dlm rumah..mmg seronok kali ni..sbb cikmin berCD,B/F dan bersling...

mama danial and eva said...

salam kaklong, saya sokong sangat nombor 1 sampai 4. lagi satu, kalau dah jemu, atau dah lama sikit, kita boleh jual CD ni, atau pass kat adik dia, atau anak saudara. DD- memang belanja tu hangus setiap bulan...tak nampak apa!

berkenaan poo budak tu, saya tak berapa pasti sebab tak ada pula kami diberitahu secara spesifik kalau najis hijau tu tandanya baby tak berapa sihat. secara amnya-
..hijau tua- meconium- penting untuk budak baru lahir, pastikan bila hari kelima dah tak ada meconium , kalau tak takut dia dapat kuning (jaundice) jadi kena breastfeeding banyak banyak
..kuning mustard- najis bayi menyusu badan
..oren + hijau muda - carrot and pea= najis normal budak yang dah mula makan sayur
..redcurrant jelly - ini sangat bahaya, takut usus terbelit ( intussusception- mesti pergi hospital segera)
..darah merah/ campur darah/ hitam lendir pekat macam rambut- pendarahan dalam perut atau usus atau jangkitan usus (dysentery)

itu yang setakat saya tahu la...nanti saya buka buku pediatrik semula, kalau ada lagi saya tambah lagi ya...

Mila_ibu najihah said...

salam, nak tanya la, if kita basuh cd guna washing machine kan..tetiba air yg masuk machine tu keroh/agak muddy (tak perasan), macam mana nak bersihkan balik cd tu ye.. cd anak saya da warna coklat2 sikit sbb kena air tu. da cuba basuh guna soda bicarbonate, tp tak balik asal da.TQ

kaklong nuzula said...

Cikmin ~ hehe.. sama2 kita berCD, BF n BW..

Mama Danial n Eva ~ Terima kasih puan dokter.. Mak saya yg cakap (ikut org tua2 cakap), kalau baby berak hijau tak sihat.. huhu..

Mila_ibu najihah ~ Oo.. kena air keruh ker.. Sayangnyer... Ermm entah la, takkan nak clorox plak ek.. Kot lama2 nanti hilang kot... Cuba basuh berulang kali..

Post a Comment