Ini adalah contoh pocket pant dan insert...
Yang berwarna oren itu adalah pocket pant (tak pun org panggil CD/ poket CD jugak) dan yg berwarna putih itulah insert.
Ini adalah pocket diaper pandangan sebelah dalam...
Beberapa istilah berkaitan pocket CD...
Inner layer: Lapisan sebelah dalam CD yg bersentuhan dgn kulit bayi, biasanya berwarna putih daripada material microfleece atau microsuede/ suede cloth (yg membuatkan kulit bayi sentiasa kering dan selesa).
Outer layer: Lapisan sebelah luar CD (yg berwarna/ bercorak), daripada material PUL (polyurethane laminate) yg nipis, lembut tetapi tahan lasak dan kalis air (utk menghalang kebocoran). Material PUL adalah bersifat 'breathable', dgn itu kulit bayi boleh bernafas!!
contoh material PUL (yg berwarna hijau itu, pandangan sebelah dlm CD)
Pocket opening: Tempat memasukkan insert.
Closure: Pelarasan pinggang, sama ada button/ velcro.
Insert itu adalah seperti tuala, tetapi dibuat daripada material yg sgt menyerap (sememangnya utk menyerap basahan dari baby). Biasanya dibuat daripada microfiber, hemp, cotton dan bamboo, tetapi yg banyak digunakan adalah microfiber.
Ada juga yg saya jumpa ibu2 yg menggunakan tuala yg dijahit kemas sebagai insert. Dan ada juga yg melipat kain lampin yg 4 segi tu utk dijadikan insert.
Insert hemp dan bamboo ada dijual di beberapa online store Malaysia. Harganya mmg lebih mahal daripada insert microfiber.
Utk maklumat lanjut tentang insert, boleh lihat di Jenis dan design insert (di Info CD). Dan utk cara pakai pocket CD, juga boleh lihat di Info CD.
No comments:
Post a Comment