Tuesday, January 26, 2010

Snap button vs velcro

Jika anda baru nak berCD atau baru nak menggunakan cloth diaper, tentu anda akan tertanya-tanya apa bezanya snap button dan velcro?


Snap button = butang katup
Velcro = velcro tape/ velcro fastener = pelekat velcro (juga dipanggil hook n loop)

Hampir semua cloth diaper yg terdapat di pasaran hari ini terdapat dlm 2 pilihan, iaitu snap button dan velcro.

Snap button atau velcro itu adalah 'closure' cloth diaper itu ataupun pelarasan (kemasan di bhg pinggang) ketika memakaikan CD pada bayi. Kalau 'pampers', semuanya menggunakan tape (pita) pelekat kan.. tapi CD terdapat dlm pilihan snap button dan velcro.

Contoh CD snap button

Coolababy

Lunatots (style 2 butang, double row button)


Rumparooz (Juga style 2 butang)

Fuzzibunz (dgn design snapnya yg agak unik)


Contoh CD velcro

Terdapat 2 jenis velcro, iaitu yg agak besar dan lebar seperti CD Kasihku Sayangku, Drybees, Happy Heiny's, Dyana CD dll


Kasihku Sayangku (KS)

Drybees

Happy Heiny's

(eh baru perasan semua warna pink...)

Ini pula jenis velcro seperti CD Lunatots, bumGenius, Coolababy dll
(pelekat velcro yg lebih kecil, mcm 'pampers')


bumGenius


Lunatots (pic credit to Diyaluna.com)

Ini pula style Blueberry


(chanteks kan???)

Perbezaan CD snap button dan velcro, kita lihat dari segi;

1. Senang pakai - CD velcro (lebih mesra bapa, mesra nenek n mesra pengasuh... Malah dalam gelap dan org rabun pun boleh guna CD velcro!!)

2. Senang buka - CD velcro ~ sgt senang dibuka (menyebabkan budak2 boleh buka!!)

3. Cepat pakai - sudah tentu CD velcro (sesuai utk budak2 yg sgt tak duk diam)

4. Cepat utk dibuka - ermm rasanya sama jer.. atau velcro lagi cepat kot?

5. Senang basuh - CD button (utk CD velcro perlu lekatkan pelekatnya pada 'velcro tab', jika tidak bhg velcro itu akn melekat ke insert dan CD2 lain).

6. Agak 'cerewet' - CD velcro (masa nak basuh CD berpoop kdg2 'stain' itu boleh melekat di bhg velcro). Tambahan pula nak basuh tu kena lekatkan dulu pd velcro tab. Kdg2 tu walaupun dah lekatkan pada velcro tab, tetap juga boleh terbuka dan melekat ke CD lain.

7. Kuat (susah nak buka) - CD button. Ini ada pro n cons nya. Dari segi kekuatan ni bagus la budak2 (toddler) susah nak buka CD button. Kalau CD velcro diorg blh buka.

8. Kekemasan di bhg pinggang - bagi bayi yg masih kecil, CD velcro lagi kemas n boleh betul-betul 'fit' mengikut saiz pinggang baby (kerana velcro boleh bertindan utk saiz pinggang yg kecil). Bagi bayi yg dah besar sikit, kedua2nya (button n velcro) sesuai.

9. Nampak kemas dan cantik - ramai yg mengatakan CD button lebih kemas dan cantik. Malah CD button akan sentiasa kelihatan baru!!

10. Kurang bocor - CD velcro kurang risiko utk bocor di bhg pinggang (dan celah paha) kerana kita blh fitkan elok mengikut saiz badan baby. CD velcro lebih 'adjustable' dan 'flexible' di bhg pinggang berbanding CD button kita hanya mempunyai pilihan butang2 itu shj. Namun begitu CD button pun tidak bocor jika dipakaikan dgn kemas (dari pengalaman saya sendiri).

11. Tahan lama - rasanya CD velcro lebih cepat 'usang' di bhg velcro tetapi bagi CD button pula, kalau tercabut button tu habis la!!! (namun rasanya susah nak tercabut butang tu, kalau tercabut pun mungkin boleh dibaiki).

12. Harga - biasanya CD velcro lebih mahal drp CD button.

Update on October 2010: Kebanyakan CD button dan velcro kini dijual pada harga yg sama, kecuali sesetengah brand seperti Lunatots, yg mana velcro lebih mahal drp button.

13. Lebih efisyen dan praktikal - terpulang kepada anda. Jika anda menghantar anak kepada pengasuh, mungkin CD velcro lebih sesuai kerana begitu mirip dgn lampin pakai buang.

Nota saya:

# Saya ada menggunakan kedua-dua CD button n velcro dan saya ok dgn kedua2nya.

# Drp review yg saya baca (drp beberapa forum dlm dan luar negara), ada yg menyukai button n ada yg menyukai velcro dan ada yg langsung tak suka CD velcro, tapi tak ada yg cakap langsung tak suka CD button!! Kira 50-50 la kalau vote antara button dan velcro.

# Kesimpulannya, kelebihan CD velcro mudah utk dipakai, cuma budak2 boleh buka n sedikit 'cerewet' time basuh. CD button pula adalah pilihan yg evergreen!

# Jadi, terpulanglah kpd anda. Cadangan saya anda cuba kedua2nya (button n velcro) dan lihat keserasian anda dan baby anda!!

Bak kata dia ni...

Both kinds of diapers are wonderful & the most important thing to remember is that no matter what kind of cloth diaper you use, it will always be better than disposables

- Missy Zanotto (tulisannya dlm Cloth Diaper Outlet)

~ Kaklong Nuzula ~

Last updated: 5 October 2010.

2 comments:

Mek Rose said...

thanx..sangat berguna info ini..:-)

kaklong nuzula said...

Your welcome..

Post a Comment