Tuesday, January 26, 2010

Kebaikan dan kelemahan snap button dan velcro

Daripada entry sebelum ini berkenaan perbezaan cloth diaper snap button dan velcro (snap button vs velcro) ni saya simpulkan kebaikan/ kelebihan dan kelemahan utk snap button dan velcro.


Snap button

Kelebihan

- Kuat (jadi budak2 tak boleh buka).
- Nampak lebih kemas dan cantik (tp bg saya velcro pun kemas!).
- Lebih mudah diuruskan (ketika basuh).
- Sentiasa kelihatan baru / tak nampak buruk.
- Lebih tahan lama, boleh pakai hingga 2-3 org anak!

Kelemahan

- Agak lambat/ susah nak pakaikan pada baby (terutama baby yg tak duk diam).
- Kurang fleksibel, kerana saiz yg terhad pada butang2 yg ada sahaja utk pelarasan pinggang, terutama bagi bayi yg masih kecil.
- Terlalu kuat, nak buka tu perlukan sedikit tenaga.. Isk kalau tarik kuat sgt plak kang tercabut plak button tu..
- Kalau tercabut button tu tak boleh nak baiki lagi... (err... kalau kreatif blh je author/ modify jd velcro).


Velcro

Kelebihan

- Senang dan cepat utk dipakai.
- Lebih mesra bapa dan pengasuh (lebih menyerupai 'pampers').
- Lebih senang nak fitkan pada pinggang baby (lebih fleksibel dan betul2 mengikut saiz pinggang bayi), terutama bayi yg masih kecil/ newborn amat disyorkan guna CD velcro.
- Velcro kalau dah buruk atau rosak boleh di'author' / tukar dgn yg baru.

Kelemahan

- Lebih cepat 'usang' berbanding CD button. Kdg2 di celah2 pelekat velcro itu blh terlekat benang/ habuk/ kotoran..
- Lama-kelamaan velcro tu mgkin kurang 'lekapan' (jadi tidak kuat lagi/ mudah terbuka). Tapi bagi sesetengah CD jenama mahal, mungkin kualiti velcronya lebih baik.
- Sedikit cerewet masa nak basuh (kena lekatkan pada laundry tab, kalau tak, akan melekat pada insert dan CD lain).
- Budak2 boleh buka (kena pakai seluar!) n kalau budak yg aktif (kuat bergerak) mungkin boleh terbuka dgn sendiri.
- Ada juga yg mengatakan bhg velcro boleh terkena pada kulit bayi dan jadi merah (mungkin jika bayi berkulit sgt sensitif).

Kedua-duanya (button dan velcro) mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2. Jadi terpulanglah kepada kita, bergantung pada preference dan keutamaan semasa kita, juga bergantung pada keadaan bayi/ anak kita..... Tapi mcm yg saya cakap sblm ni, lebih baik anda cuba kedua-duanya...

Last updated: 5 October 2010.


4 comments:

Lynn Nasir said...

salam,

saya ada buat entry pasal babyland saya tercabut butang. lama dulu dah entrinya. itu yg pertama tercabut. selang beberapa minggu pastu ada lg 5 keping babyland yg tercabut sana-sini butangnya. hehe! skang ni dah dibaiki, sbb saya ada snap press. alhamdulillah..

saya rasa pasal kulit baby merah terkena velcro tu bukan sebab sensitif terhadap velcro. tp, velcro bahagian 'keras' tu mmg boleh menggores kulit baby. selalu boleh terkena masa nk pakaikan atau position duduk. perut baby rapat/bersentuhan dgn bahagian velcro pd CD.

wallahualam..

Lynn Nasir said...

tambahan,

velcro/applix pd grobaby saya semua dah saya ganti dgn buttons. sbb hampir setahun ni pakai, mmg bahagian hook tu hilang keupayaan utk melekatkan diri dgn sempurna. walaupun dh bersihkan lint, masih tak ok. ada beberapa kali terjadi velcro tercabut dan CD grobaby mahal itu termasuk ke dlm salah satu kaki seluar anak saya masa dia tgh main. hehehehe!!

kaklong nuzula said...

Oo ya ke lynn.. hehe.. ok la tu ada snap press, boleh baiki/ ganti butang babyland yg tercabut tu.. tp mmg takde dgr lagi cd lain/ cd org lain yg tercabut butang.. huhu.. taktau la kan.. 3 coolababy auliya yg pertama dulu still ok, walaupun dah setahun pakai ni..

kaklong nuzula said...

aah, sy rasa betul gak lynn cakap tu,

"saya rasa pasal kulit baby merah terkena velcro tu bukan sebab sensitif terhadap velcro. tp, velcro bahagian 'keras' tu mmg boleh menggores kulit baby. selalu boleh terkena masa nk pakaikan atau position duduk. perut baby rapat/ bersentuhan dgn bahagian velcro pd CD."

Post a Comment