Wednesday, December 9, 2009

CD mahal vs murah

Mula2 tgk harga cloth diaper RM40 satu (awal thn lps) mmg saya terkejut. Melihat CD jenama Malaysia RM50+ saya lagi terkejut... dan melihat CD buatan US yg berharga RM80+ malah ada yg sampai RM120 satu membuatkan saya lagi lagi terkejut........ Terus terfikir apa yg istimewa/ best sgt CD yg mahal2 ini? Apa yg menjadikannya sebegitu mahal?

Tentu hanya yg berpengalaman (beli dan pakai) saja yg mengetahui apa beza CD mahal dgn CD murah.... Tentu ada bezanya....

Saya sebenarnya tidak suka menyebut CD murah, sebab tiada CD moden (pocket CD, fitted, AIO, AI2) yg murah. Malah prefold pun tidak murah juga (walaupun dikatakan sistem CD moden yg paling murah). Tiada CD yg berharga RM10 satu, jadi CD adalah tidak murah... Yg murah adalah sistem lampin kain tradisional 4 segi (yg kena pakai dgn seluar getah)... Itu sajalah yg boleh dianggap murah....

Oleh itu mari kita gunakan perkataan CD biasa/ CD 'mampu milik' atau CD yg lebih affordable.

Back to topic, jadi apakah bezanya CD mahal dgn CD biasa/ mampu milik ini???

Selalunya yg mahal itu cantik, kemas, berkualiti, menggunakan material yg lebih baik, lebih selesa dan lebih tahan lama. Begitulah selalunya sesuatu yg mahal itu.

Bagi CD pun saya rasa begitu juga. Harga yg dibayar itu adalah untuk kualitinya. Tetapi tidak bermakna CD mampu milik itu tidak berkualiti, cuma yg mahal mungkin LEBIH BERKUALITI, mungkin kerana jahitan yg lebih kemas, warna/ design/ corak yg cantik, dgn fitting dan cutting yg lebih selesa, juga dgn material kain yg lebih baik.

Sebenarnya, jgn tak tahu, dlm kita membeli sesuatu itu kita juga membayar untuk usaha menciptanya, usaha membuatnya dan mungkin juga utk jenamanya!!! Dan kita juga sebenarnya membayar utk satu kepuasan ~ puas hati!! (bila kita spend utk sesuatu yg very costly ni).

Bagi saya, jika anda berkemampuan tidak salah anda mencuba ~beli pelbagai CD dari jenama mahal lagi famous-amous ni (tak kisahlah dari mana tp yg US brand la paling tip top).

Bagi kita (saya!) yg agak-agak sederhana ni dapat pakai CD mampu milik pun OK lah tu.... Itu pun nak beli sekali gus 20 CD pun berpinar jugak mata (hihi)... Yg penting, kita bertukar kepada CD - cloth diaper - lampin kain..... or clodi (depa kat indon panggil)...

Bagi saya, dlm mengukur performance (bagus/ tidak bagus) sesuatu CD itu adalah bergantung kepada;

1. Keselesaan baby (yg ni 1st!)... Sama ada meruam/ merah/ jadi gatal kulit/ 'panas'/ terlalu ketat/ longggar/ tak selesa dll... Sebab ada juga baby yg alah dgn CD inner 'fleece' dan boleh pakai CD bamboo jer...

2. Keselesaan maknya or bapaknya yg nak handle/ nak uruskan cd ni, if pocket CD kena buh insert, kalau fitted kena pakai diaper cover, kalau AI2 kena pegang soaker yg dah basah n tukar dgn yg baru.. juga tang nak basuh tu... cepat kering ke tak dsb la..

3. Bocor atau tak... Bab ni la yg paling org highlight dlm performance CD. Selalunya performance CD just diukur sama ada bocor/ tak apabila dipakai dalam sela masa tertentu. Selalunya CD yg boleh dipakai utk tidur mlm (night sleeptime) tu ok la kalau tak bocor sampai pagi...

Juga...

4. Boleh pakai berapa lama... biasanya CD yg lebih mahal/ dgn material yg lain (seperti bamboo) boleh dipakai lebih lama kerana daya serapannya yg lebih bagus. CD bamboo juga mempunyai kelebihan yg lain, cthnya anti-bakteria dan hypo-allergenic.

Jadi, anda tentukan sendiri performance CD yg anda pakai itu (sama ada CD mahal/ biasa) memenuhi kriteria di atas atau kriteria yg anda mahukan....

Dari segi jangka hayat/ ketahanan tu nak kata CD mahal tahan lama (sampai 3 tahun atau lebih) pun tak juga, sebab lama2 (jika selalu dibasuh) ia akan usang juga... Tapi berbanding CD biasa, mungkin CD mahal lebih tahan dari segi jahitan, bhg bergetah/ elastik, snap button n pelekat velcronya.

Begitu juga dari segi bocor atau tak, CD mahal mungkin kurang risiko utk bocor tetapi tidak dapat dijamin juga TIDAK AKAN BOCOR!! Jadi, CD mahal tak semestinya tak bocor... Alangkah keciwanya jika kita spend a lot of money n the CD doesn't perform well... huhu.

Ada seorg ibu yg sangat kecewa apabila bumGenius yg dipakai oleh anaknya basah lencun (air kencing keluar dari semua arah setiap kali pakai!! Namun ada ibu lain yg mengatakan hanya bumGenius yg tak pernah bocor dgn anaknya... Ermmm... CD Coolababy juga tidak bocor jika dipakai dgn betul dan kemas!!

Cuma bagi saya, dgn 1 CD mahal yg berharga RM80 kita boleh beli 2 CD biasa dan bg 1 CD mahal yg berharga 100 lebih kita boleh dapat 3 CD biasa. Ada org mahukan kualiti dan ada org mahukan kuantiti..... Yg lebih baik mmg la kualiti + kuantiti.... (huhu). Jadi terpulanglah...

Tepuk dada tanya poket....

Oh ya, satu kelebihan CD mahal ni, ia mempunyai nilai utk dijual semula (jika dah tak sesuai dgn baby kita), maknanya boleh di'let-go' ajer... n akan ada org yg nak beli... Bagi CD biasa pula tak tahu la ada nilai ke tak utk dijual semula n ada tak org nak beli sbg 2nd hand (sbb beli baru pun murah aje)...

Kesimpulannya, lampin kain adalah lebih baik daripada lampin pakai buang, tak kiralah CD mahal ataupun CD biasa2 ajer!!!

Nota:

1. Yg penting, ada banyak CD supaya jangka hayat setiap CD lebih lama (ada banyak CD = kurang kitaran basuh).

2. Ada juga yg saya jumpa yg ada semua, drp semurah-murah CD ke semahal-mahal CD.... Mmg blh tahu la beza CD mahal n CD biasa ni... Ada jugak yg cakap menyesal beli CD mahal (sbb tak tahu rupa2nya ada CD dgn harga ekonomi ni). Namun begitu, ramai yg cakap puas hati pakai CD mahal ni (berbaloi kot dgn harga).

~Kaklong Nuzula~

Last updated: 1 September 2010.

11 comments:

Zue said...

kak long, just to share something...kadang kadang CD mahal pun tak sesuai, sebab setiap bayi bentuk badan berbeza. kalau baju baby, kita boleh tak longgar kat sini, atau sendat sikit kat beberapa bahagian, tapi kalau CD , dia kena fit yang bagus. kalau tak bocor kat kaki, bocor kat pinggang. jadi sebenarnya, tak ada CD yang akan fit untuk semua baby. kena try and error.

jadi, kalau orang tu beli CD murah, tapi fit bagus dengan anak nya, lebih baik dari beli CD mahal, tapi fit tak bersesuaian. masalahnya ialah sementara nak jumpa CD yang fit betul betul dengan anak kita :)

kaklong nuzula said...

Mama danial n eva, thanx sudi komen di sini. Aah setiap baby berbeza saiz n bentuk badan... Jadi terpulang pada kita nak cari yg betul2 fit dgn baby kita...

Hanz Jamaludin said...

Salam kaklong..baru berkesempatan singgah lama2 kat sini..bayak artikel menarik kaklong sampaikan..cd momma & seller macam kaklong ni kita perlukan sebab betul2 mengaplikasi dan berkongsi ngan sumer! thumbs up!

suka ngan terms çd mampu milik dan cd lebih mampu tu! :> setuju ngan mama danial & eva, it all depends..like me suka ngan grobaby tapi akhirnya me let go sebab fitting nyer in the end x tahan lama..baby yang peha besar, maknyer kena look around which brand yg size-nyer generous..and bamboo material tend to retain smell faster compared to others & lebih cepat rot..it happened to most of my cd yang guna bamboo ni.. :<

kaklong nuzula said...

Hanz... W'salam. Thanx for dropping by.. Hehe.. I pun byk sgt lg tak tahu.. Byk sgt lagi nak kena study, 'research' n belaja from all those experts.. I cuma nak berkongsi apa yg I tahu ajer, sbb mmg take time for newbies if nak google n nak baca segala... So, I just shared apa yg I tahu kat sini... :D

p/s: I bukan sekadar mahu menjual, but lebih kpd sharing info n educate others yg blm tahu...

Ummi Shira (AshAnas) said...

salam, boleh tak saya copy entry ni? lps sy buat entry ttg cloth diaper hr tu, ramai gak dok tanya apa beza CD mahal dan CD mampu milik ni? sy pun takde jawapan sbb sy sendiri guna COLA je utk anak sulung sy. untuk yg 2nd dlm perut ni br plan nk beli yg mahal sikit2... thanks atas info... sy suka bila k.long cakap kita bayar utk kepuasan! betul sangat. barang2 lain pun mcm tu kan...

kaklong nuzula said...

W'salam AshAnas. Terima kasih singgah sini. Nak copy ke? Mcm segan plak.. huhu... Erm... Kalau nak copy jgk, amik la. Tp link balik ke URL asal ni ek.. Terima kasih.

Ummi Shira (AshAnas) said...

thanks... okies!

Ummi Shira (AshAnas) said...

http://ashrafshaakira.blogspot.com/2011/01/apa-kelebihan-cd-mahal.html

al_faqiehah said...

salam..nak tanye..mcmane dgn CD autumz ye? sbb kaklong xde jual cd autumz sy tgk..tq

kaklong nuzula said...

w'salam al_faqiehah. Sy ada try CD autumnz. Bagi sy ok cuma tak berapa sesuai cutting dia dgn anak sy. Sy tak jual Autumnz sbb dah byk brand lain.. :)

hasnitasawal said...

Assalam, tumpang tanya kat mana nk beli CD Grobaby? TQ

Post a Comment