Ini adalah contoh satu cloth diaper AIO (brand Coolababy)
thanx to tuan punya gambar ni... tak tahu sape punya.. huhu
AIO maknanya all-in-one ~ semua dalam satu, tidak perlu masukkan insert kerana insert sudah dijahit siap di dlm diaper itu.
Gambar di bwh ini adalah pocket diaper/ pocket CD yg perlu dimasukkan insert (atau soaker).
pic credit to puan punyer (juallampinmoden.blogspot). Thanx!
So ni perbandingan antara AIO dan pocket diaper, kita lihat dari segi;
Rupa
- AIO adalah 'sejibik' mcm lampin pakai buang yg biasa kita pakai tu (cuma blh basuh dan dipakai semula... itu saja!)
Senang pakai (senang kerja)
- Tentulah AIO (tak perlu masukkan insert dan tak perlu betulkan insert itu)
Basuhan
- Nak basuh AIO tak perlu keluarkan insert.
Pengeringan
- Pocket diaper adalah lebih cepat kering kerana pocket pant dijemur berasingan dgn insert. Pocket pant adalah sgt cepat kering, jadi cepat boleh dipakai kembali (tambahan pula jika anda ada byk insert).
Kebersihan
- Drp apa yg saya baca, dari segi kebersihan, AIO kurang terjamin kebersihannya ~ mungkin ada kuman yg terperangkap (hihi), sbb insert terletak dlm tu. Jadi ada yg 'terfikir' utk menggunakan pembasmi kuman utk membasuh AIO (sebenarnya tak perlu guna Dettol utk basuh CD, kehangatan cahaya matahari sudah cukup utk membunuh kuman!!)
Nota: Pada pendapat saya, CD AIO yg dibasuh (dah kering) adalah bersih dan bebas kuman, kerana dibasuh/ dibilas dgn air yg mencukupi ~pakai mesin basuh dan dijemur di tempat yg terbuka/ kena cahaya matahari. CD AIO yg dah kering adalah tidak berbau apa-apa (tiada bau busuk/ hancing). Kalau terkena 'bhn buangan' baby pun kesan tu akan terus hilang (tanpa perlu rendam/ gosok dgn teruk). Tapi kalau basuh tangan tak tahu la, mungkin akan hilang juga kalau kena cahaya matahari.
Jangka masa panjang
-Utk jangka masa panjang, insert (lapisan penyerap) di dlm CD AIO itu mungkin akan buruk/ usang dan kita tak dapat tukar insert dlm tu. Sedangkan bg pocket diaper kita dpt tukar insert itu dgn insert yg baru.
Lebih efisyen dan praktikal
- Bergantung kpd anda dan situasi anda. Jika anda menghantar anak ke nursery/ pengasuh mungkin AIO lebih praktikal. Dan jika anda seorg yg sentiasa sibuk (malas/ tiada masa nak masuk2kan insert) juga mungkin AIO pilihan yg lebih tepat.
- Dari satu sudut, AIO adalah lebih efisyen kerana insert itu telah dijahit kemas ('terletak' di dlm diaper) dan tak perlu dibetulkan sebagaimana pocket diaper (yg mana kalau tak terletak elok insert itu blh mengakibatkan kebocoran). Jadi kemungkinan bocor bg CD AIO juga mungkin kurang kerana insert itu tidak bergerak lagi (terutama bg bayi yg aktif).
- Tapi dari sudut yg lain pocket diaper adalah amat praktikal kerana kita boleh memilih utk meletakkan insert itu 1 atau 2, melipat insert di bhg hadapan atau blh juga menggunakan insert jenis lain spt hemp atau bamboo. Sedangkan bg AIO we have no choice. Apapun AIO tetap mempunyai peminatnya yg tersendiri....... Terpulanglah kpd anda!!
Nota:
Saya sendiri pun ada menggunakan CD AIO. So far okey, cuma lambat sket je la kering (tapi takde la sampai 2 hari baru kering.. hehe). Rasanya tak sampai sehari blh kering if tempat jemur dpt direct sunlight... Kalau baby poop pun tak meninggalkan kesan kuning pada inner CD tu... OK jer (kembali putih)...
Anak saya pakai CD AIO ni juga boleh tahan 4 jam, tanpa bocor!! Utk CD Coolababy AIO anak saya setting saiz S ok dgn dia (if Coolababy poket saiz M)... Oh ya, CD Coolababy AIO langsung tak bulky... nipis jer (lebih kurang pocket CD+insert, or lagi nipis?)...
Buat masa ini tidak terdapat banyak pilihan utk CD AIO di Malaysia. Kebanyakan CD AIO adalah dr jenama luar negara (yg harganya tahu2 ajelah). Jadi Coolababy AIO adalah pilihan yg terbaik jika anda mahu mencuba CD AIO (dgn harga yg sgt berpatutan skg, mula2 dulu harganya RM40-45!!).
Review CD Coolababy AIO (oleh Nieza, Juzer's Family)
Kesimpulannya, elok jugak anda try sendiri CD AIO ni, barulah anda tahu yg mana sesuai utk anda (n baby anda)... Lagipun saya rasa tak rugi kita ada 2, 3 CD AIO sebagai selingan dgn pocket CD... Apapun, terpulanglah kepada anda.......
~ Kaklong Nuzula ~
Last updated: 11 Januari 2010.
2 comments:
salam, nuzula...pada pendapat saya(yang masih tidak berani mencuba aio) rasa aio tidak bulky kerana insert yag dijahit hanyalah 1 insert sahaja......sebab melalui pembacaan saya...lunatot...aionya sedikit murah dari Pocket CD nya....
tapi nuluza kata pakai 4 jam xbocor yea...emm.....Allahu a'lam ;)
W'salam.. Aah AIO tak bulky pun. Kalau tak yakin (takut bocor) blh letak soaker/ doubler/ booster/ insert jenis hemp/ bamboo kat atas inner tu utk tambahkan daya serapan.. CD apa pun bergantung pada anak kita, ada baby yg light wetter n ada yg very heavy wetter.. huhu.. Secara ikhlas, sy rasa tak rugi mencuba AIO, tapi terpulang la kan.. :)
Post a Comment