*** Ini adalah tulisan saya sendiri. Tolong jgn copy!***
Kebanyakan masalah dalam berCD adalah CD bocor/ leaking... Tetapi sebenarnya kalau dipakai dengan betul CD tidak akan bocor. Percayalah!!! Ini kerana lapisan PUL (pada outer layer CD) adalah kalis air ~ sememangnya utk menghalang kebocoran.
Tapi tipu la kalau tak pernah sekali pun CD bocor tu (huhu)... dan kita sebenarnya belajar drp pengalaman. Practice makes perfect, right?...
Jadi kenapa CD bocor?????
CD bocor bermakna CD itu tidak dpt menyerap basahan dari baby (dgn sempurna), dan ini berlaku kerana.....
1. Pre-wash yg tidak cukup (3 kali) atau langsung tak pre-wash (ini kes tak sabar2 nak pakai la ni). Pre-wash itu penting utk melatih CD kita menyerap basahan. Lagipun CD baru keluar dari kilang (jadi kena bersihkan dari segala sisa pengilangan itu).
2. Kapasiti CD sudah penuh. Ini adalah sebab utama CD bocor kerana ia tidak dapat lagi menyerap dan menampung basahan dari baby. CD apapun akan bocor apabila sudah penuh!! Ini sudah tentu berlaku kerana CD dipakai terlalu lama ataupun baby jenis super-duper heavy wetter (huhu). Biasanya CD boleh dipakai 3-4 jam (bergantung pada keadaan), jadi CD perlu ditukar apabila tiba masanya. CD yg paling mahal di pasaran pun akan bocor kalau dipakai lebih drp masanya atau dgn cara yg tidak betul!!
3. Saiz CD yang tidak sesuai (terutamanya CD one size) atau tidak betul2 fit dengan baby (longgar), juga kerana tidak 'well-snug' (rapatkan) di bahagian pangkal paha dan closure di bhg pinggang yg longgar.
4. Tidak pernah/ sudah lama sangat tak buat stripwashing. Apa itu stripwashing akan dijelaskan dalam entry lain...
5. Terdapat mendapan sabun pada CD (pada insert terutamanya). Ini mungkin kerana penggunaan sabun yg berlebihan atau CD tidak dibilas dgn bersih (masih ada sisa sabun), jadi mendapan sabun itu akan menghalang penyerapan yg maksimum. (Nota: 1. Sebab tu anda digalakkan basuh CD dgn mesin basuh (dgn air yg mencukupi dan terus spin). 2. Walaupun anda dah bilas bersih mcmana pun tp lama-kelamaan kena buat stripwashing jugak).
6. Sabun yang tidak sesuai, contohnya sabun yg terlalu berbuih/ berenzim/ berpelembut atau ada unsur minyak yg akan meninggalkan lapisan/ mendapan halus yg terperangkap pada CD dan insert (build-up residue/ build-up detergent).
7. CD juga mungkin bocor kerana kesan penggunaan nappy cream (krim utk ruam) yg disapu pada anak anda. Ini kerana krim itu mengandungi unsur minyak dan akan terkena lapisan inner CD, lalu menjadikannya kurang menyerap basahan/ kalis air.
8. Ini adalah kes terpencil tapi mungkin juga berlaku; lapisan PUL itu terkoyak/ berlubang/ kecacatan semasa proses pengilangan yg menyebabkan CD tembus. Kalau disebabkan cacat semasa pengilangan anda boleh minta ganti yg baru.... Kalau kerana kecuaian anda (terkena pisau/ gunting tu tak dapat la nak tolong)..........
Ataupun mungkin juga kerana CD anda itu sudah terlalu lama dan lapisan PULnya terkoyak/ rosak dgn sendiri. Oh ya, lapisan PUL juga akan rosak jika terkena air panas mendidih (so, beware!!).
Cara mengatasi CD bocor
Pertama sekali kenal pasti sebab CD anda bocor (drp kenapa CD bocor di atas)...... Ataupun kalau malas nak kenal pasti tgk je la cara mengatasi ni sebagai checklist.................
1. Lakukan pre-wash sebanyak 3 kali (lagi byk kali dibasuh lagi elok serapannya). Bagi insert bamboo dan hemp perlu lakukan pre-wash sehingga 7-8 kali baru dpt berfungsi dgn baik.
2. Pakai dgn saiz yg betul (jika one size, setkan saiz CD mengikut saiz baby). CD mesti betul2 fit dgn anak anda.
3. CD mesti dipakaikan dgn kemas. Mesti 'ketat'kan pada baby (well-snug di bhg pangkal paha dan pinggang). Selagi boleh masuk 1 jari (dgn mudah) dekat paha baby tu maknanya masih longgar la... Tapi jgn la pulak sampai berbekas getah CD tu pada paha baby.. huhu...
4. Tukar CD selepas 3-4 jam atau apabila perlu. Jangan tunggu sampai melimpah ruah baru nak tukar (macamana CD tak bocor???)
5. Gunakan sabun yg sesuai. Ingat, sabun yg tidak berenzim, tidak berpelembut, tidak berpeluntur dan tiada unsur minyak. Jgn guna sabun seperti Dynamo, Pureen ABD... Juga jgn gunakan sabun mandi, kerana ada unsur minyak.
6. Bilas CD sehabis bersih/ dgn air yg mencukupi (jika basuh tangan).
7. Lakukan stripwashing sebulan sekali atau apabila CD mula leaking.
8. Jika menggunakan pocket CD, insert itu mestilah terletak elok hingga ke hujung (depan) dan betul2 flat/ tidak terlipat (terutamanya di bhg elastik di tengah CD).
9. Jangan sekali-kali gunakan pelembut kain (fabric softener) kerana akan mewujudkan lapisan lain pada CD dan insert yg akan mengurangkan daya serapannya...
10. Sekiranya anda ada menggunakan nappy cream, digalakkan guna nappy liner. Ini kerana krim tersebut boleh terkena pada lapisan inner CD dan menjadikannya kurang menyerap basahan.
11. Selain itu, anda juga boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya. Contohnya jika CD Coolababy yg anak anda pakai selalu bocor (sbb kurang fit dgn anak anda), jadi anda boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya seperti Babyland printed, Rainbow dan Lunatots. Mcm Lunatots, cutting di bhg cawatnya adalah lebih kecil (slim) jadi lebih sesuai jika anak anda jenis kecil (sbb lebih fit dekat paha).
Cara lain utk mengatasi CD bocor adalah dgn mengenal pasti bahagian mana yg selalu bocor/ yg byk basahan (kalau pakai DD masa nak buang tu tgk bhg mana yg byk basah).
Mcm saya, anak saya mmg basah kat depan ajer (kalau bocor pun kat depan-pinggang), kat belakang selalu kering. Jadi saya lipat insert (1/3) lebihkan di bahagian depan. Maknanya insert tu tak sampai ke belakang la. Ini kerana ketika ini anak saya duk meniarap/ nak merangkak jadi mmg basahan akan ke depan..........
Sebagai info, utk bayi yg baru lahir (belum meniarap), bg bayi pempuan selalunya akan basah di bhg belakang dan bayi lelaki pula akan basah di bahagian depan (ni adalah 'formula' yg dah mmg mcm tu). Jadi anda pandai2 la mcmana nak handle situasi itu.........
Ada juga yg saya baca CD bocor mungkin kerana kesan softener yg ada dlm mesin basuh itu (if kita guna softener dalam mesin basuh utk basuhan sblm itu).......
Tips lain
Anda juga boleh gunakan 2 insert ataupun insert jenis hemp dan bamboo jika bayi mmg jenis heavy-wetter. Letakkan insert microfiber di bhg atas (kerana cepat menyerap) dan insert hemp/ bamboo di bawah (kerana dpt menyimpan byk basahan).
Jika anak anda mmg jenis heavy wetter, anda juga boleh cuba CD jenis fitted + diaper cover. Fitted CD mmg sesuai utk baby yg jenis heavy wetter (kot la mmg tak serasi dgn pocket diapers).
Nota:
Drp pengalaman saya, kalau pakai tak lebih dari 3 atau 4 jam mmg tak bocor (boleh dikatakan mmg tak akan bocor)... Masalahnya selagi tak bocor (3-4 jam), malas nak tukar (haha)... Kalau pakai lebih drp 4 atau 5 jam (siang hari), mmg akan bocor. Tapi kalau malam ok pulak anak saya pakai selama 6-7 jam (dr tgh mlm sampai pagi, dgn 1 insert dilipat di bhg depan).
Oh ya, anak saya minum susu ibu... kalau baby lain saya tak tahu la, sbb sgt bergantung pada kuat menyusu/ tak dan susu ibu/ susu formula. Biasanya baby yg minum susu formula lagi byk/ kerap kencing berbanding baby yg minum susu ibu...
Kesimpulannya, jika CD bocor selepas dipakai selama 3-4 jam adalah mmg kerana DAH PENUH (salah kita yg tak tukar, bukan salah CD)... Tetapi jika pakai sekejap, sejam atau tak sampai 2 jam (sekali kencing aje) dah bocor tu mmg something wrong la dgn CD tu / cara pakai yg tak betul (sila rujuk kenapa CD bocor seperti di atas)...
Atau... apa pendapat anda??
~ Kaklong Nuzula ~
Last updated 10 Mac 2010.
4 comments:
my girl slalu bocor kt blkg.xpenah plak terpikir nk lipat mam akak buat tu.boleh dicuba lepas ni.. :) tp since dia pakai coolababy bamboo charcoal, pakai 10jam pun x boxor, inner & kulit still kering.memang sgt berpuas hati.. :D ada citer dlm blog sy
Salam mummy-aulia'.. Anak saya nama auliya.. hehe.. Sorry baru tgk komen awk. Lama tak jenguk blog sendiri.. huhu.. Terima kasih singgah sini..
Akak..klau lapisan PUL dh trkoyak nk buat mcm mna ye?mmg xblh digunakn lagi ke?sbb sllu bocor..rupenye lapisan PUL dh trkoyak��
Akak..klau lapisan PUL dh trkoyak nk buat mcm mna ye?mmg xblh digunakn lagi ke?sbb sllu bocor..rupenye lapisan PUL dh trkoyak��
Post a Comment