Thursday, March 18, 2010

Microfleece vs microsuede

Terdapat beberapa jenis fabrik yg digunakan utk inner cloth diapers (lapisan dalam yg bersentuhan dgn kulit baby), antaranya microfleece, microsuede, bamboo, hemp, cotton velour, raw silk dll. Namun yg paling byk digunakan adalah microfleece dan microsuede (utk pocket diaper).

Fleece dan microfleece tu rasanya sama jer... Microsuede juga dipanggil suede ataupun suede cloth. Saya tak pasti adakah ada perbezaan antara microsuede, suede dan suede cloth (kalau nak tahu lebih lanjut sila google la yer).

Ni adalah contoh inner layer drp material microfleece.


Ini pula inner layer drp material suede cloth (bumGenius).


Microfleece adalah mcm bulu biri2 gitu rasanya. Mmg sgt lembut utk kulit bayi.

Manakala microsuede kelihatan lebih kasar permukaannya. Rasanya mcm permukaan nappy liner gitu (susah nak cakap mcmana, baik anda tgk dan pegang sendiri).

Kedua-dua material ini berfungsi sebagai stay-dry layer, iaitu lapisan utk memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa. Kedua2 material ini juga membolehkan poops (najis) bayi senang tanggal. Ada yg mengatakan poops lebih mudah hilang/ sukar lekat pada inner microsuede (jadi lebih senang utk dicuci).

Contoh pocket CD yg menggunakan inner microfleece: Coolababy, Lunatots, Babyland, Rainbow, Sweet Doll Baby, Fuzzibunz dll.

Contoh pocket CD yg menggunakan inner microsuede: bumGenius, Kasihku Sayangku (KS), My Baby, Dyana CD, beberapa brand Minky CD seperti QQBaby Minky, Sunny Minky CD dll.

CD Crazy Momy (CMCD) pula didatangkan dgn inner fleece dan suede (boleh pilih), kalau sebelum ni la. Skg saya tak sure mcmana... Kena tanya Maryaaa (owner Crazy Momy).

CD2 US brand/ luar negara yg lain sy tak begitu pasti innernya (tak larat den nak google.. hihi. lagipun sbb ada mcm2 material lagi yg digunakan sbg inner layer). Kalau sesape tahu, blh share kat sini....

Antara microfleece dan microsuede, mungkin ramai yg sukakan microfleece sbb dah terbiasa dgn CD Lunatots, Coolababy, Babyland, Rainbow.. kan? Tapi bg saya, microsuede adalah OK.

Perbezaan antara microfleece dan microsuede:

- Perbezaan yg nyata adalah 'rasa' permukaan fabrik itu la. Saya rasa baby ok jer dgn kedua2 inner ni (sedangkan pakai inner kertas selama ni pun takde masalah!!!!), melainkan baby yg mmg jenis sensitif sgt/ allergic dgn inner fleece/ suede ni n kena pakai CD inner bamboo aje tu nak buat mcmana kan? Tp mostly baby mmg ok dgn inner fleece n suede ni, melainkan kes terpencil aje yg allergic tu...

- Sblm ni apa yg sy lihat CD yg menggunakan inner suede adalah lebih mahal drp inner fleece. Dari satu forum pun katanya begitulah (inner suede adalah lebih mahal/ sepatutnya lebih mahal).

- Saya rasa bg inner microsuede, lagi lama kita guna CD tu/ lagi kerap basuh, material suede itu akan jadi lebih lembut, manakala bg inner fleece pula semakin lama akan jadi semakin kasar (kalau CD brand yg mahai2 tu tak tahu la)... UPDATE on 20.3.10: Disahkan oleh org yg dah lama guna CD inner suede, mmg makin lama guna makin lembut.. hehe.

- Material suede adalah lebih nipis drp fleece (org cakap dlm satu forum, ye kot), kerana itu suede makin famous skg dan makin digemari di US (wallahu a'lam)...

Nota: Fleece/ microfleece pun ada beberapa jenis/ gred, ada yg dipanggil polar fleece (?) juga digunakan sbg inner CD... Begitu juga dgn suede/ microsuede pun ada jenis n gred jugak. Ada suede yg lebih lembut (soft suede), mcm inner bumGenius :)

1 comment:

Lynn Nasir said...

polar fleece lebih digemari sebagai "CD" itu sendiri. kan ada CD jenis flece skang ni. contohnya Bamboolite fleece. lebih breathable secara keseluruhannya. lebih murah berbanding wool.

inner lain yg digemari skang ialah jenis "velour". mcm baldu. ya amaaaaatttt lembut. rasa nak letak kat pipi aje. hehe! salah satu yg famous ialah OBV (organic bamboo velour).

perkataan 'micro' menggambarkan kenipisan. microfleece lebih nipis berbanding fleece. microsuede lebih nipis berbanding suede. microfiber juga, hehe..terselit sket.

satu fakta: inner suede lebih digemari kerana ia kekal baru. berbanding fleece yg akan kelihatan buruk dan menipis seiring masa.

Post a Comment