Thursday, November 19, 2009

Panduan penggunaan dan pengendalian CD

*** Ini adalah tulisan saya sendiri. Do not copy!***

Firstly, utk makluman anda, cara utk handle atau kendalikan cloth diaper ~ lampin kain moden ni tidaklah sesukar atau seleceh mana.. Ikhlas cakap... alah bisa, tegal biasa.

Mungkin mula2 rasa leceh ~ sbb selama ni pakai dan buang, pakai dan buang kan, tanpa fikir mana peginya 'pampers' anak kita yg dah beratus-ratus atau beribu-ribu tu... huhu...

Pakai CD ni bila dah biasa/ get used ok jer... Langsung tak membebankan atau mengambil byk masa kita dan tidaklah memerlukan komitmen yg sgt byk.... Malah rasa seronok pula!

Yang perlu anda tahu:

  • Sebelum guna CD anda sila pre-wash dahulu, iaitu basuh tanpa sabun, jemur (hingga kering!) dan basuh semula. Ulang sebanyak 3 kali. Ini bagi membolehkan CD anda menyerap dgn lebih baik. Mcm tuala yg kita baru beli la, lps basuh lagi menyerap kan?
  • Bagi one size pocket diaper, untuk memakainya, sila setkan saiz (sama ada S atau M dgn membutangkan butang2 yg berkenaan, utk saiz L tak perlu buat apa2). Kemudian masukkan insert ke dalam poket dan sedia dipakaikan pada bayi seperti anda memakaikan 'pampers' (setting size itu tidak perlu dibuka apabila basuh).
  • Utk penggunaan biasa/ siang hari hanya perlu masukkan 1 insert dan utk malam boleh la gunakan 2 insert.
  • Jangan letak insert terus kepada kulit bayi (merujuk kepada insert microfiber), kerana materialnya begitu kuat menyerap dan akan menyerap lembapan semula jadi pada kulit bayi.
  • Satu CD biasanya boleh dipakai selama 3-4 jam (bergantung pada kebasahan atau sehingga baby poop).
  • Tukar keseluruhan CD dan insert, bukan hanya tukar insert sahaja... Ya, walaupun lapisan innernya masih kering (material fleece mmg membuatkan bayi rasa kering), tapi utk kebersihan dan keselesaan bayi anda digalakkan tukar semua (guna CD dan insert yg baru).
  • CD yg dah digunakan boleh terus dibilas/ dibasuh dan dibilas atau boleh juga diletakkan (kumpul setempat) dlm baldi/ bekas khas (sebaik-baiknya bertutup) sebelum dibilas (buang segala kotoran) dan dibasuh dgn mesin basuh (tp jgn la peram lama sgt!! huhu...)

Cara basuh CD

  • Anda boleh basuh CD dgn tangan (hand wash) atau dgn mesin basuh (lebih baik basuh dgn mesin basuh, dgn air yg mencukupi n blh terus spin). Nak basuh tangan pun boleh tapi kena bilas sampai bersih, dgn air yg mencukupi.
  • Utk membasuhnya sila keluarkan insert daripada pocket pant itu.
  • Utk yg terkena kencing (sahaja), sila bilas dahulu dan letak di dlm baldi yg kering (jika mahu kumpul utk sekali basuhan).
  • Jika mahu basuh tangan, hanya perlu dicelup2 dlm air dgn sedikit sabun dan digosok2 lembut, kemudian bilas dgn air yg mencukupi hingga bersih.
  • CD yg dikumpul jgn lebih dari 3 hari!!
  • Jika baby poop (terkena najis), sila buang dahulu ke dlm mangkuk tandas (alirkan dgn air yg laju/ disental lembut) dan bilas sblm diletakkan bersama CD lain yg nak dibasuh (dalam baldi kering, bkn direndam).

  • Jika terdapat kesan kekuningan jgn risau! Kesan itu akan hilang apabila dijemur di bawah cahaya matahari.

  • Seelok2nya jemurlah CD anda di luar rumah/ bagi kena cahaya matahari sekurang2nya sekali seminggu (cahaya matahari bertindak sbg peluntur dan pembunuh kuman semulajadi!!)

Care instruction dan peringatan

Nota: Ini adalah care instruction secara umum utk semua cloth diaper. Kalau nak tahu care instruction yg spesifik utk CD yg anda gunakan tu kena refer pada care instruction brand tu la... Contohnya ada brand yg suh basuh dgn air biasa je (air sejuk) n ada yg cakap blh basuh dgn air panas (tp bukan air mendidih yer.. air mendidih semua CD tak boleh rasanya)...

So, ini adalah care instruction secara umum dan beberapa peringatan penting utk penjagaan cloth diaper anda.......

  • Utk basuhan mesin, sebaik2nya gunakan laundry net/ washing bag utk menjaga jahitan CD dan bahagian yg bergetah itu. Ada juga ibu2 yg menggunakan sarung bantal!!

  • Gunakan sedikit sahaja sabun, hanya 1/4 daripada sukatan sabun biasa. Maknanya utk kain biasa yg sebanyak itu anda gunakan 1 sudu, jadi utk CD hanya gunakan 1/4 (suku) sahaja...
  • Gunakan sabun yg tidak berenzim, tidak berpeluntur (pemutih) dan tiada pelembut (biasanya sabun serbuk yg murah spt trojan, kuat harimau, ekonomi handalan, sesetengah Top). Drp pemerhatian saya, ramai yg gunakan sabun Pureen HAD. Jgn gunakan Pureen ABD (kerana mengandungi enzim) dan sabun cecair spt Dynamo (sbb susah nak bilas dan akan meninggalkan kesan sabun).
  • Jangan sekali-kali gunakan pelembut (fabric softener), nila atau clorox!!

  • CD tidak perlu direndam dan jgn direndam (boleh menjejaskan kadar serapan insert dan boleh menyebabkan CD berbau busuk).
  • Jangan gunakan berus kerana boleh merosakkan material fleece yg lembut itu. Hanya perlu digosok dan disental dgn lembut aje!
  • Jangan sesekali rendam/ lakukan stripping dgn air panas yg mendidih (boleh merosakkan material PUL CD) dan jangan sesekali 'mensterika' (iron) CD... huhu..
  • Utk basuhan mesin, jgn melebihi 24 CD sekali basuh...
  • Utk membasuh CD velcro, jgn lupa lekatkan pelekat velcro pada laundry tab (tutup ke belah dlm CD) supaya tidak melekat dgn insert dan CD yg lain.

seperti ini


  • Anda tidak digalakkan menggunakan dryer (mesin pengering) untuk mengeringkan CD, just biarkan CD anda kering dgn sendiri (lagipun CD tidak mengambil masa yg lama utk kering). Kalau nak gunakan juga mesin pengering, gunakan suhu yg sederhana dan jangka masa yg tidak terlalu lama.
  • Jika menjemur CD anda di bawah cahaya matahari, biarkan bahagian inner (microfleece) itu menghadap cahaya matahari dan bahagian outer layer (PUL) terlindung dari panas matahari (letak sebelah bawah). Ini bagi menjaga warna CD agar tidak luntur/ lusuh.
  • Satu lagi, masa nak buka CD button tu (nak button-off) jgn la buka kuat sgt/ tarik dgn sekuat hati.. Kang tercabut plak button.. huhu..
  • Oh ya, kalau basuh tangan (hand wash) CD jangan perah (pintal) CD terlalu kuat, dikhuatiri merosakkan getah (bhg elastik) pada CD, kot jadi kendur la..


Cara saya handle/ basuh CD

1. CD yg dah digunakan (sama ada baby pee or poo) akan diletakkan dlm 1 baldi khusus, dekat dgn bilik air. Seelok2nya baldi yg bertutup yer...

2. CD yg dah digunakan itu (bila dah 2, 3) atau tak kiralah ada berapa, time mandi/ masuk bilik air saya akan bilas...

3. Caranya saya curahkan semua CD kotor tu ke bawah air paip yg mengalir, keluarkan insert dari CD, then bilas la (bilas yg kena kencing dulu). Bg yg terkena poop tu, kena buang la 'menda2' tu dulu n then baru bilas (dan perah).

4. Lepas tu letak sekali/ setempat dlm baldi kering, seelok2nya baldi yg bertutup (bkn rendam yer) utk menunggu hari basuhan (saya basuh CD 2 hingga 3 hari sekali).

5. Bila tiba time membasuh, saya ambil baldi yg sarat dgn CD, masukkan semua pocket pant ke dalam laundry net. Jgn lupa tutup/ zipkan laundry net itu. Insert takpe tak masuk dlm laundry net pun, biar jer berguling2 dlm mesin basuh tu... huhu..

6. Then, biar mesin basuh aje yg kerjakan mereka kasi bersih... Utk mesin basuh saya, saya set-kan air yg sederhana jer (elok2 la utk 12-15 keping CD). Tidak perlu sampai berlebihan air..

7. Dah siap basuh tu jemur la... Dah kering angkat n dah boleh pakai semula.........



Tips lain:

  • CD yg terkena poop lebih mudah hilang kesan kotoran itu jika dibasuh dgn mesin basuh.
  • CD yg bersih (dah dibasuh dan sedia dipakai semula) sepatutnya tidak berbau apa-apa (tiada bau sabun yg berlebihan dan tiada bau kencing/ poop baby)...
  • Bg yg terkena poop seelok2nya terus buang dan bilas (paling tidak pun jgn simpan sampai 2-3 hari baru nak bilas.. huhu)
  • Selain itu, untuk memudahkan kerja membersihkan CD (jika baby poop) anda juga boleh gunakan liner utk alas di bhg atas inner CD. Sebaik-baiknya gunakan flushable liner/ jenis biodegradable liner (yg mudah terurai dan tidak membebankan alam sekitar)... Jadi anda boleh terus buang liner itu ke dlm toilet bowl.

Sebagai peringatan, anda juga tidak digalakkan membasuh (mencampur) CD dgn kain/ baju2 lain dlm mesin basuh... Lebih baik jgn campur, dari sudut kebersihan dan kesucian pakaian yg dibasuh... Lagipun utk basuh CD hanya perlukan sedikit sahaja sabun... OK??

3 comments:

dieha said...

terima kasih sharing the information...saye suka guna babyland..dari coolbaby..pernah guna..tp bocor..erm..now fully used babyland..teringin nak guna lunatots..tp mampu..hehe..

Kaklong Nuzula said...

dieha, thanx singgah sini n leave a comment. babyland pun ok utk baby yg bertubuh kecil. terpulang, bergantung pd baby. cuba la lunatots 1 :)

MiJa said...

thanks kaklong, berguna sungguh info ni!!
saya ibu baru belajar =)

Post a Comment