1. CD: cloth diaper/ lampin kain.
2. Pocket diaper: Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/ soaker mengikut keperluan bayi.
3. Insert/ soaker: Penyerap kebasahan yg biasanya diperbuat drp fabrik microfiber, digunakan bersama pocket diaper.
4. Microfiber: Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.
5. Fleece: Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan dalam CD (inner layer), di antara kulit bayi dan insert/ soaker. Fabrik ini membuatkan bayi rasa kering dan selesa.
6. PUL: Singkatan daripada polyurethane laminate, sejenis fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar (outer layer) dan bersifat kalis air untuk menghalang kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.
7. One size (OS): Saiz S, M dan L dalam satu, maknanya saiz boleh diubah sama ada S, M atau L (ada yg sehingga XL) dengan menggunakan snap button yg disediakan. Boleh dipakai bayi dari lahir hingga 3 thn (3-13kg dan ada juga yg sehingga 17 kg).
Earth Day Cloth Diaper Sales 2024
6 months ago
No comments:
Post a Comment