Tuesday, August 10, 2010

Transformasi dari DD ke CD


Jika selama ini anda menggunakan DD (disposable diapers/ lampin pakai buang) utk si kecil anda dan kini anda mahu beralih kepada CD (cloth diapers), ini saranan saya:

1. Jika anda seorg suri rumah (SAHM/ WAHM)...

Ini mgkin bkn satu masalah kepada anda utk mencuba cloth diaper bila2 masa pun, sama ada siang mahupun mlm. Namun begitu, saya cadangkan anda cuba CD pada waktu siang dahulu. Sbg contoh, lps anak anda mandi pagi..

Sbg permulaan, anda blh cuba CD utk penggunaan siang hari sahaja dan mlm still pakai lampin pakai buang. Utk penggunaan siang hari, 1 CD biasanya blh dipakai 3-4 jam (dgn penggunaan 1 insert). Jadi, dalam sehari anda memerlukan 3-4 helai CD dgn 6-8 insert.

Jika anda belum ada byk CD, anda blh basuh pada mlm hari utk dipakai pada keesokan harinya (mcm nilah yg sy buat masa mula2 berCD dulu... huhu). Rutin ini mgkin berlangsung sehingga anda mempunyai sekurang2nya 12 helai CD barulah agak selesa utk basuh 2-3 hari sekali.

Justeru, jika anda sudah cekap dgn pemakaian dan pengendalian CD utk anak anda pd siang hari, anda boleh la mula menggunakan CD utk tidur malam dgn penggunaan 2 insert. Dari pengalaman saya, penggunaan 2 insert utk anak saya blh tahan 8-10 jam. Sempat la sampai mandi pagi esok.

Jadi, tidak sukar utk beralih kepada CD bukan?!!


2. Jika anda seorg wanita bekerjaya (FTWM)...

Anda boleh cuba menggunakan CD utk anak anda pada hari minggu (jika anda tidak ke mana-mana). Anda blh gunakan CD utk siang hari.

Sebenarnya pada hari bekerja pun anda blh je nak cuba CD utk anak anda. Anda blh pakaikan anak anda CD pd waktu malam sblm tidur. Cthnya dari jam 8-11 mlm.

Ataupun, anda blh je terus guna CD utk anak anda tidur mlm (blh pakai dr jam 11 mlm - 6 pagi sbg contoh)...

Slps itu, bila anda dah cekap dgn cara pakai dan pengurusan CD, anda blh la menggunakan CD utk anak anda pd siang hari di rmh pengasuh/ nursery. Sbg langkah permulaan, anda perlu memberitahu pengasuh/ pihak nursery dan memberi tunjuk ajar kepada mereka ttg cara pemakaian dan pengendalian CD.

Jika menggunakan CD di rumah pengasuh, anda perlu bekalkan CD yg mencukupi utk penggunaan siang hari dan jgn lupa sertakan bersama wetbag kepada mereka utk meletakkan CD2 kotor.

Kesimpulannya, anda boleh melakukan transformasi kepada CD secara perlahan2 (50%CD, 50% DD) ataupun secara total (100% convert to CD). Jika mahu beralih kepada CD secara total pastikan anda mempunyai bilangan CD yg mencukupi. Itu yg penting!!

p/s: Alang2 beralih kepada CD, biar sampai fully CD!! Sungguh berbaloi2.....

NOTA: Utk ibu2 yg bakal menimang cahaya mata, anda blh terus 'decide' utk menggunakan lampin ataupun jenis2 cloth diapers yg sesuai utk newborn.. Terpulanglah kepada anda!!

No comments:

Post a Comment